Ronaldo Sertai Al-Nassr, Boleh Tinggal Serumah Dengan Pasangan Di Arab Saudi

Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez dilaporkan boleh terus tinggal serumah walaupun menyalahi peraturan perkahwinan yang ketat di Arab Saudi.

Bekas pemain Manchester United itu menyertai Al-Nassr dengan kontrak dua setengah tahun bernilai £173 juta (RM906 juta) semusim.

Sumber: Harian Metro

Ronaldo diperkenalkan sebagai pemain Al-Nassr bersama pasangannya Georgina dan anak mereka di hadapan 25,000 penonton di Mrsool Park.

Namun, pasangan itu yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama sekian lama menyalahi perundangan Arab Saudi.

Menurut laporan, Ronaldo dan Georgina bakal diberikan pelepasan susulan status bintang Portugal itu antara atlet paling berpengaruh di dunia.

Sumber: My TV ONLINE

Laporan turut memetik kenyataan dua peguam Arab Saudi yang menjangkakan pihak berkuasa tidak akan campur tangan dalam hal itu.

“Walaupun undang-undang tetap melarang hidup bersama tanpa perkahwinan, pihak berkuasa mungkin menutup mata daripada mendakwa sesiapa.

“Namun sudah tentu undang-undang itu akan digunakan apabila berlaku masalah atau jenayah,” kata peguam pertama.

Selain itu, peguam kedua berkata: “Pihak berkuasa Arab Saudi tidak campur tangan dalam masalah ini (membabitkan rakyat asing) tetapi perundangan kekal melarang sebarang perhubungan di luar perkahwinan.”

Sumber: CNBC

Bintang bola sepak ini menyertai pasukan kelab Arab Saudi, Al Nassr dalam perjanjian yang akan menyaksikannya bermain sehingga Jun 2025.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca