Cristiano Ronaldo mengatakan ia adalah satu keputusan yang mudah untuk berpindah dari Real Madrid ke Juventus, dengan perpindahan bernilai £100 juta yang membolehkannya mengecapi impian zaman kanak-kanaknya.
Ronaldo memberitahu JuventusTV, “kelab hebat, pertama sekali ia adalah kelab yang hebat. Sejak saya kecil dulu, saya mengikuti pasukan ini dan saya berharap dapat bermain untuknya suatu hari nanti. Sekarang saya akan bermain untuk kelab yang hebat, salah satu kelab terbesar di dunia. Saya gembira.”
“Ia merupakan kelab terbesar di Itali, salah satu yang terbaik di dunia, jadi ia keputusan mudah, kerana Juve adalah kelab yang luar biasa.”
Ronaldo juga mengulangi bahawa hasratnya untuk mewakili Juve bercambah selepas penghargaan yang ditunjukkan kepadanya oleh penyokong kelab selepas dia menjaringkan tendangan overhead yang menakjubkan dalam pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara di Turin musim lalu.
Beliau menambah, “ia sukar dipercayai. Saya mengingatinya setiap hari. Ia perkara yang tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Di Liga Juara-Juara menentang Juve, suku akhir, anda menjaringkan gol dan melihat semua orang di stadium memuji anda. Ia adalah perasaan yang sukar dipercayai.”
“Saya berasa terkejut pada mulanya. Saya biasa mengikuti Juve dan saya suka kelab ini, tetapi sejak saat itu saya lebih menyukai mereka. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka semua atas sokongan. Keutamaan saya adalah untuk melakukan yang terbaik, menjadi profesional dan cuba menjadikan pasukan lebih baik.”
“Saya teruja dan sudah tentu saya ingin menjadikan mereka gembira. Saya telah menjadi profesional selama 15-16 tahun, jadi prinsip saya selalu sama. Saya bermain selama bertahun-tahun di Manchester United dan Real Madrid, kini adalah satu cabaran baru, tetapi saya mahu sentiasa mengekalkan prinsip dan etika kerja yang sama, membantu pasukan mencapai matlamat kami.”
Sumber: Goal.com