Rokok Elektronik Bakal Diagihkan Secara Percuma Kepada Perokok Untuk Bantu Jimat Duit

Rokok elektronik yang sangat popular dalam kalangan perokok dijangka akan diagihkan secara percuma menerusi program Food Bank.

Perkara ini merupakan salah satu cadangan projek di mana ia diberikan secara percuma bagi menunjukkan sokongan kepada semua perokok di samping membantu mereka untuk berjimat cermat dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Pemberian rokok elektronik secara percuma ini bakal diadakan di Hertfordshire.

Menurut Pengarah Kesihatan di Hertfordshire iaitu Jim McManus, dia berharap agar projek tersebut akan berjalan dengan lancar sehingga hujung tahun ini.

Kajian menjangkakan menerusi pertukaran rokok kepada rokok elektronik ini, perokok akan jimat kira-kira RM380 seminggu selain mampu mengurangkan kesan negatif yang mereka dapat daripada merokok.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca