Roket Lama China Bakal Rempuh Bulan, Sangkal Dakwaan Bukan Roket Milik Elon Musk

Sebuah roket yang dijangka merempuh Bulan pada Mac hadapan telah dikenal pasti sebagai roket dari China. Roket tersebut pada mulanya dikatakan milik Elon Musk daripada syarikat aeroangkasa Space X.

Namun begitu, dakwaan itu telah disangkal selepas seorang ahli astronomi, Bill Gray mengubah kenyataannya.

Pada bulan lalu, Bill Gray mengatakan kemungkinan roket milik SpaceX Falcon 9 daripada pelancaran 2015 akan bertembung dengan Bulan pada 4 Mac ini.

Kemudian Gray percaya bahawa objek itu bukanlah serpihan SpaceX Falcon 9, sebaliknya roket lama milik China yang dilancarkan pada 2014. Roket tersebut merupakan sebahagian daripada misi Chang’e 5-T1 China yang menghantar kapal angkasa kecil ke Bulan.

Objek itu mula dikesan oleh Catalina Sky Survey iaitu sebuah program yang menggunakan teleskop berhampiran Tucson, Arizona untuk mengimbas langit bagi mencari asteroid yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada Bumi.

Tidak seperti asteroid biasa, ahli-ahli astronomi menyedari bahawa objek tersebut tidak mengorbit Matahari sebaliknya mengelilingi Bumi, menunjukkan bahawa ia adalah sampah angkasa lepas buatan manusia.

Prof McDowell berkata beliau 80 peratus pasti bahawa objek yang akan melakukan pelanggaran skala kecil dengan Bulan adalah dari pelancaran roket China 2014.

Apabila objek itu mula dikenal pasti, Prof McDowell memberitahu BBC News ia akan menjadi perlanggaran roket dengan Bulan tidak terkawal yang pertama kali diketahui.

Walau bagaimanapun, menurut ahli astronomi pelanggaran tersebut dikatakan tidak berbahaya kerana Bulan boleh menahan impak kuat yang jauh lebih besar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca