30 Bomoh Indonesia Bersatu, Roket Ghaib Dihantar Serang Zionis Israel

Roket Ghaib Dihantar Oleh 30 Bomoh Indonesia Serang Zionis Israel

Semakin hari semakin ‘panas’ konflik yang berlaku antara rakyat Palestin dan rejim Zionis Israel apabila kedua-dua belah pihak berbalas serangan roket selain bom.

Baru-baru ini, seorang YouTuber telah menunjukkan sesuatu ‘sokongan’ luar biasa ketika masyarakat dunia memberi perhatian terhadap isu tersebut. Perkara ini mungkin dianggap lucu bahkan juga tidak terjangkau dek akal manusia normal.

Seorang pendakwah bebas yang terkenal di Indonesia iaitu, Kang Ujang Busthomi atau turut dikenali sebagai Ustaz HM Ujang Busthomi berkongsi cerita bagaimana 30 orang bomoh membantu Palestin melawan Israel.

Difahamkan, beliau telah berkunjung ke salah satu tempat di Indonesia bagi menyaksikan ritual bomoh menghantar sihir dan roket ghaib ke Israel.

Menerusi video berdurasi selama 8 minit itu, Kang Ujang menyatakan bahawa dia menerima jemputan daripada sekumpulan bomoh berkenaan.

Kemudian dia bertanya apa yang sedang dilakukan mereka kepada salah seorang bomoh di situ. Wakil bomoh itu berkata bahawa mereka mewakili bomoh nusantara untuk membantu Palestin melalui serangan ghaib melalui ritual ini.

Selain daripada itu, bomoh terbabit turut memaklumkan bahawa mereka memang berniat untuk menyerang Israel secara ghaib dan masa yang diambil untuk tiba di Israel selama 2 hari. Bukan itu sahaja, mereka turut menghantar jin untuk menjaga Palestin daripada dibedil bom rejim zionis Israel.

Sumber: Youtube

Seorang netizen Malaysia telah berkongsi video berkenaan ke laman Twitter miliknya sehingga ianya menjadi tular di serata laman sosial.

Rata-rata warganet yang menonton memberi reaksi lucu dan meluahkan rasa terhibur setelah melihat video berkenaan. Tidak kurang juga yang berseloroh, bagaimana agaknya ‘syaitan’ berlawan dengan ‘syaitan’ nanti?

Sumber: Twitter (@Afirhuls)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

\

Artikel Lain Untuk Di Baca