Rogol Dan Buang Air Kecil Pada Wajah Mangsa, Lelaki Ini Dihukum Penjara Selama 7 Tahun

Perlakuan kejam seorang lelaki yang merogol seorang wanita selama tiga jam telah menerima hukuman penjara tiga tahun. Difahamkan bahawa perogol bukan sahaja melakukan serangan seksual namun turut mendera mangsa dengan membuang air kecilnya ke atas wajah wanita berkenaan.

Selain itu, pelaku bernama Adam Hulland yang berusia 28 tahun ini turut menenggelamkan kepala mangsa ke dalam tab mandian yang berisi air panas.

Seksaan terhadap mangsa tidak berhenti begitu sahaja apabila perogol bertindak mematahkan bahagian pinggul dan dua kerat tulang belakang wanita itu.

Adam Hulland juga bertindak dengan memijak bahagian kepala dan dada mangsa sebelum mencabut segumpal rambut wanita berkenaan sehingga terkoyak kulit kepalanya.

Menurut laporan Mirror, mangsa memaklumkan kepada pihak mahkamah tentang perasaannya yang takut sepanjang kejadian itu berlaku kerana bimbang dirinya akan mati disebabkan oleh serangan ganas tersebut.

Kronologi kasus telah diceritakan oleh hakim sepenuhnya sewaktu perbicaraan di sebuah mahkamah. Kejadian berlaku dengan cara yang sangat menyakitkan apabila mangsa awalnya diculik dengan ditarik lehernya dari arah belakang.

Kemudian, pelaku menyeret mangsa ke tempat kejadian dengan menarik rambut wanita tersebut. Tekanan yang sangat kuat dirasakan oleh mangsa sewaktu rambutnya ditarik dan diseret oleh pelaku menjadikan dia berasa seolah-seolah lehernya akan patah.

Perogol seterusnya meletakkan mangsa ke dalam tab mandian dan menahan seluruh bahagian tubuhnya sambil membuka paip yang menyalurkan air panas. Walau bagaimanapun, mangsa sempat berpura-pura pengsan setelah ditarik keluar dari tab mandian tersebut.

Malangnya, Adam terus memijak badan dan kepala mangsa berulang kali tanpa belas ihsan. Lelaki berkenaan kemudiannya bertindak kejam dengan membuang air kecilnya ke atas wajah wanita tersebut.

Dia akhirnya mengaku bersalah kerana mendera dan merogol mangsa sehingga tercedera tubuh badannya. Akibat daripada perbuatan kejamnya, pihak mahkamah telah memutuskan Adam untuk menerima hukuman penjara selama 7 tahun.

Lebih memeranjatkan apabila lelaki berkenaan pernah disabitkan bersalah dan menerima hukuman penjara selama 19 bulan pada tahun 2017 atas serangan yang sama terhadap seorang wanita sebanyak tiga kali.

Adam dikatakan telah meludah dan menumbuk wajah mangsa di luar kelab malam yang bertempat di Chellaston. Dia kemudiannya mengoyakkan seluar dalam wanita berkenaan lalu memasukkan jarinya ke dalam kerongkong mangsa.

Hakim mahkamah menyatakan bahawa tindakan pelaku ke atas dua wanita berkenaan setakat ini dikategorikan sebagai jenayah paling sadis.

Menurut peguam bagi pihak pelaku pula, dia tidak bermaksud untuk meremehkan perkara yang telah berlaku, namun masih memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana jenayah berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kematian.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca