Robot Pintar Mengambil Alih Dunia, Ini 5 Ramalan Dahsyat Tentang Hari Penamat Akhir Dunia

Apabila membincangkan tentang hari kiamat, ianya bukanlah topik yang disenangi ramai. Para saintis dan ketua agama kebiasaannya saling bercanggah pendapat dengan teori-teori yang menakutkan.

Daripada teori perang nuklear memusnahkan seluruh alam semesta sehinggalah robot pintar yang menghancurkan keseluruhan umat manusia, semua itu terdapat dalam lima senarai teori menakutkan tentang hari kehancuran dunia.

1. Robot artifial intelligence (AI)

Articial Intelligence (AI) adalah suatu cabang baharu dalam bidang sains komputer yang menfokuskan kepada rekaan mesin atau perisian pintar yang bekerja dan bertindak seperti manusia. Jadi, ketika penulis sains fiksyen mencoretkan tentang robot AI yang mengambil alih dunia seperti dalam filem Terminators, kita mungin berfikir itu semua hanya suatu rekaan semata-mata.

Namun, tidak bagi ahli fizik, Stephen Hawking apabila beliau menyatakan perkara ini bukannya perkara yang tidak masuk akal dan sebenarnya merupakan suatu realiti pada masa akan datang nanti. Dia menambah lagi bahawa jika robot AI ini mampu menyalin atau membina dirinya semula, mereka mampu mengalahkan ketamadunan manusia dan menghapuskan segalanya sekali gus.

2. Perang nuklear

Perang nuklear adalah perang yang tiada pemenangnya. Sebaik sahaja sebuah bom berkenaan diletupkan, berbilion nyawa akan lenyap serta bencana alam yang sangat dahsyat akan terjadi. Jika ada yang masih hidup pun, hanya akan hidup dalam dunia yang lebih dahsyat daripada sebelumnya.

Ramai yang meramalkan peratus untuk perang ini meletus semakin meningkat memandangkan ketegangan hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat, Rusia, China dan Korea Utara semakin sengit.

3. Pertembungan antara planet

Saintis percaya alam ini boleh musnah dengan sekelip mata apabila terjadinya perlanggaran planet lain dengan Bumi. Ini boleh berlaku jika planet asing menembusi sistem solar dan menuju tepat ke arah Bumi.

Bagi saintis teori ini pernah berlaku kepada Bumi pada berbilion tahun dahulu yang menyebabkan terciptanya bulan.

4. Black hole atau lohong hitam

Para saintis menjangkakan lohong hitam yang besar saiznya sedang berlegar-legar di luar angkasa sana. Bila-bila masa sahaja ia boleh bergerak ke arah Bumi dan menelan kesuluruhan Bumi serta segala benda yang ada di dalamnya.

Apa yang lebih menakutkan apabila manusia telah mengetahui kewujudan dan bahaya lohong hitam ini namun saintis tidak mampu berbuat apa-apa andai kata suatu hari nanti lohong hitam benar-benar akan menghampiri Bumi.

Setakat ini para ilmuwan mahupun saintis telah menjumpai 60 lohong hitam. Harapnya, satu pun tidak akan mendekati kita.

5. Hacking atau godaman

Walaupun dunia kita semakin canggih dengan teknologi keselamatan yang makin kukuh, ianya tetap tidak dapat menamatkan kerisauan yang kian melanda umat manusia ketika ini di mana teknologi keselamatan boleh menjadi suatu bencana dahsyat hanya disebabkan dengan kod-kod rahsia yang dilancarkan oleh penggodam yang mementingkan duniawi.

Pakar teknologi menjangkakan penggodam pada masa akan datang berkemungkinan menjadi lebih sotifiskated malah menyasarkan godaman mereka terhadap grid elektrik, loji tenaga nuklear dan kemudahan rawatan air sekali gus menyebabkan kejatuhan tamadun manusia.

Penulis tidak pasti bagaimana manusia di luar sana menakrifkan maksud sebenar hari kehancuran dunia atau hari kiamat. Sesetengah manusia menganggap hari kiamat ini hari bencana paling dahsyat dalam sejarah manusia yang menyebabkan tamadun manusia berubah 360 darjah kepada zaman manusia purba dahulu.

Namun, bagi umat Islam hari kiamat adalah hari kemusnahan alam semesta yang abadi. Tiada satu pun makhluk yang akan berjaya melepaskan diri.

Tiada.

Hatta, kuman sebesar zarah sekalipun.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca