Tan Sri Robert Kuok kekal menjadi individu paling kaya di Malaysia setelah sekali lagi berada dalam senarai bilionair dunia Forbes untuk tahun 2019. Jatuh 8 anak tangga ke tempat ke-104, beliau dilaporkan mempunyai kekayaan dengan nilai bersih RM52.3 bilion, turun dari RM60 bilion tahun lalu. Berusia 95 tahun, beliau merupakan pengasas hotel Shangri-La dan pemilik Kuok Group yang mempunyai kepentingan dalam hotel, hartanah dan komoditi.
Selain itu, individu terkenal lain yang turut berada dan kekal dalam senarai ialah Tan Sri Ananda Krishnan yang berada di kedudukan ke-261 dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary di tempat ke-1349.
Seramai 14 orang rakyat Malaysia telah tersenarai dalam Forbes’ 2019 Billionaires – senarai orang terkaya di dunia yang telah dikeluarkan pada hari Selasa, 5 Mac 2019.
Dua rakyat Malaysia paling kaya selepas Kuok ialah Quek Leng Chan, berusia 78 tahun di tempat ke-149 dan Teh Hong Piow yang berusia 88 tahun di tempat ke-233. Memegang jawatan sebagai pengerusi eksekutif konglomerat Hong Leong Co. (Malaysia) – yang mempunyai kepentingan dalam bidang kewangan, hartanah dan makanan – Quek Leng Chan mempunyai nilai bersih sebanyak RM38.4 bilion. Manakala Teh Hong Piow, pengasas Public Bank yang sudah mempengerusikan syarikat itu selama beberapa dekad mempunyai nilai bersih berjumlah RM27.4 bilion.
Menurut Forbes, sejumlah 2,153 hartawan tersenarai dalam senarai tahun ini, berkurang daripada 2,208 pada tahun 2018 – penurunan pertama sejak tahun 2016.
“Apabila digabungkan, jumlah nilai kekayaan hartawan terbabit adalah sebanyak RM35.56 trilion, susut RM1.635 trilion daripada tahun lalu.
“Secara keseluruhan, sebanyak 11 peratus atau 247 individu yang tersenarai pada tahun lalu tidak tersenarai kali ini dan ia adalah jumlah terbesar sejak tahun 2009 yang turut menyaksikan kemuncak krisis kewangan global pada waktu itu,” kata Forbes dalam satu kenyataan semasa mengumumkan senarai terbaharu individu paling kaya di dunia.
Orang terkaya di Asia ialah Mukesh Ambani dari India, di tempat ke-13 dengan nilai bersih RM204.5 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos kekal sebagai manusia terkaya di planet bumi untuk tahun kedua berturut-turut, dengan nilai bersih RM535.5 bilion, diikuti oleh Bill Gates dengan RM394.5 bilion.
Jutawan termuda dalam senarai global ini adalah Kylie Jenner yang berusia 21 tahun. Sementara itu, Chang Yun Chung yang berumur 100 tahun kekal sebagai orang kaya tertua dalam senarai itu.
14 rakyat Malaysia dalam senarai tersebut ialah:
1. Robert Kuok, 95, pengasas Shangri-La Hotels dan pemilik Kuok Group.
Kekayaan: RM52.3 bilion
2) Quek Leng Chan, 78, pengerusi eksekutif Hong Leong Co. (Malaysia).
Kekayaan: RM38.4 bilion
3) Teh Hong Piow, 88, pengasas Public Bank.
Kekayaan: RM27.4 bilion
4) Ananda Krishnan, 80, pemegang saham dan pelabur.
Kekayaan: RM25.3 bilion
5) Lee Shin Cheng, 79, pengerusi IOI Corp.
Kekayaan: RM22.07 bilion
6) Chen Lip Keong, 71, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang saham utama NagaCorp.
Kekayaan: RM20.5 bilion
7) Lim Kok Thay, 67, Pengerusi Genting.
Kekayaan: RM17.99 bilion
8) Lau Cho Kun, 83, pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated.
Kekayaan: RM13.9 bilion
9) Kuan Kam Hon, 72, pengasas Hartalega Holdings
2019 berpangkat: 962
Kekayaan: RM9.8 bilion
Sama kaya – 10) Syed Mokhtar AlBukhary, pemegang saham dalam MMC Corp dan DRB-Hicom.
Kekayaan: RM6.94 bilion
Koon Poh Keong, 57, Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal
Kekayaan: RM6.94 bilion
12) Jeffrey Cheah, pengerusi eksekutif konglomerat Malaysia, Sunway.
Kekayaan: RM5.3 bilion
13) Lim Wee Chai, 61, pengasas Top Glove.
Kekayaan: RM4.9 bilion