RM32,500 Untuk Setiap Kaki Persegi, Ini 4 Rumah Paling Mahal Di Dunia

Walaupun rumah ialah salah satu keperluan asas manusia, bukan semua orang mampu memilikinya lagi-lagi pada zaman serba mencabar ini. Kami akan kongsikan empat rumah paling mahal di dunia menerusi artikel ini:

1. Antilia, India

Diberi nama bersempena segugus pulau mitos di Lautan Atlantik, Antilia ialah rumah Mukesh Ambani iaitu billionaire dari India.

Dengan keluasan sebanyak 400,000 kaki persegi, pembinaan Antilia yang mempunyai 27 tingkat ini telah menelan kos keseluruhan anggaran RM4 billion. 

2. Four Fairfield Pond, Amerika Syarikat

Terletak di New York, rumah ini mempunyai 29 buah bilik tidur dan 39 bilik mandi. Selain itu, rumah kepunyaan billionaire Amerika Syarikat iaitu Ira Rennert ini telah dibina menggunakan konsep Mediterranean di mana ia turut dilengkapi beberapa lapangan untuk beriadah seperti boling dan tenis.

3.  Hearst Castle, Amerika Syarikat

Rumah pusaka daripada ayahnya iaitu George, Hearst Castle ini pernah didiami oleh seorang penerbit surat khabar bernama William Randolph Hearst.

Turut dilengkapi kolam renang dan tempat untuk berdisko, bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy pernah menjadikan Hearst Castle sebagai tempat berbulan madu.

4. One Hyde Park, England

Sumber: Daily Mail

Penthouse termahal di seluruh dunia, ia mempunyai dua tingkat parkir persendirian dan akses ke tempat bagi memanjakan diri seperti spa. Ia turut menyediakan fasiliti sukan seperti gelanggang skuasy.

Untuk pengetahuan anda, rumah di London ini dibeli pada harga RM925 juta. Ia bersamaan dengan RM32,500 untuk setiap kaki persegi.

Pada pendapat anda, adakah harga rumah-rumah dalam senarai di atas adalah terlalu mahal atau sebaliknya?

Penulis:

  • Nur Wahida Mohd Asri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca