RM179,890 Lesap, Wanita Warga Emas Menjadi Mangsa Macau Scam

Seorang wanita warga emas berusia 69 tahun yang merupakan pesara kerajaan menjadi mangsa penipuan Macau Scam baru-baru ini. Mangsa yang menetap di Balik Pulau mengalami kerugian sebanyak RM179,890 selepas menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa dirinya ialah seorang anggota polis.

Mengikut kenyataan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan, mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang anggota polis dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Firdaus. Inspektor Firdaus memberitahu mangsa yang dia terlibat dalam perjudian haram online di Kuala Lumpur.

“Lelaki itu kemudiannya meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan. Jika dia tidak berbuat demikian, akaun bank mangsa akan disekat selepas perkara itu dimaklumkan kepada Bank Negara,” katanya.

Mangsa diugut akan ditahan polis selepas dia memberitahu dirinya tidak terlibat dalam perjudian itu dan enggan bekerjasama.

“Mangsa yang berasa takut kemudiannya akur dengan arahan lelaki itu dan melakukan pemindahan wang. Dia membuat beberapa transaksi ke dalam beberapa akaun seperti diberikan yang keseluruhannya berjumlah RM179,890,” katanya lagi.

Menurut Superintendan A.A. Anbalagan, mangsa membuat laporan polis selepas menyedari tentang penipuan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca