RM100 Juta Dihabiskan Oleh Facebook Untuk Tanggung Kos Hidup Mark Zuckerberg

Facebook telah membelanjakan hampir AS$23.4 juta (RM100 juta) bagi membiayai kehidupan CEO Mark Zuckerberg sepanjang tahun 2019.

Kebanyakan kos yang ditanggung adalah melibatkan keselamatan dan jet peribadi.

Memetik laporan Free Press, kos sara hidup Zuckerberg merangkumi perbelanjaan yang terdiri daripada AS$10.4 juta untuk keselamatan di rumah dan ketika melakukan perjalanan.

AS$10 juta untuk keselamatan khas, dan AS$2.95 juta lagi bagi membiayai pesawat peribadi Zuckerberg.

Dilaporkan bahawa kos untuk menanggung cara hidup Zuckerberg dan keluarga terus meningkat setiap tahun.

Pada 2017, kos sara hidup Zuckerberg adalah AS$9.1 juta, manakala pada 2018 ia meningkat dengan mendadak iaitu AS$20 juta.

Kos hidup Zuckerberg yang tidak lulus ketika belajar di Universiti Harvard ditanggung sepenuhnya oleh syarikat yang ditubuhkan olehnya. Alasannya adalah kerana dia hanya menerima gaji sebanyak AS$1 dari Facebook.

Di samping itu, Sheryl Sandberg yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook juga dibiayai oleh syarikat itu.

Pada tahun 2019, kos keselamatan peribadi Sandberg mencapai AS$4.37 juta. Angka ini termasuk kos penumpang, bahan api penerbangan, pembantu, dan katering makanan.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Mark Zuckerberg, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca