Search
Close this search box.

Rizalman Umum Bersara Sebagai Pereka Fesyen, Ingin Persiapkan Diri Untuk Kemudian Hari

Siapa tidak kenal dengan ikon fesyen tanah air iaitu Datuk Rizalman Ibrahim. Beliau merupakan individu penting dalam dunia fesyen di negara ini.

Rizalman yang berusia 49 tahun itu bagaimanapun telah membuat keputusan untuk bersara sebagai pereka fesyen. Keputusan yang mengejutkan itu diambil kerana beliau ingin melakukan persediaan yang secukupnya sebagai belakan di kemudian hari.

Menurut Rizalman, pemergian rakan-rakan industri seni pada usia muda antara sebab beliau membuat keputusan ini. Perkara yang berlaku itu telah mejentik keinsafan dalam dirinya.

“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh mengambil nyawa kita pada bila-bila masa. Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia. Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian,” ungkap Rizalman dalam sidang media selepas berakhirnya pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya semalam.

Pengumuman itu dibuat di hadapan penonton pementasan Kesuama Jiwa beberapa minit sebelum persembahan melabuhkan tirai. Pengumuman itu disambut dengan reaksi teriakan penonton Kesuma Jiwa yang berada di situ dan ini juga merupakan persembahan pertunjukan fesyen terakhir beliau. Perkara ini membuat penonton yang berada di situ terkejut dengan keputusan yang diambil Rizalman itu.

Selepas 30 tahun dalam dunia peragaan fesyen, beliau menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantunya yang setia bersamanya selama 15 tahun iaitu Faizul Surani.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan industri fesyen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca