Risau Ditinggalkan Suami, Wanita Ini Sanggup Biar Lelaki Itu Rogol Anaknya Sehingga Mengandung 3 Kali

Seorang ibu menangis teresak-esak apabila dia dijatuhkan hukuman penjara setelah membiarkan suaminya merogol anak perempuannya sehingga hamil sebanyak tiga kali. Wanita tersebut turut diberitahu oleh hakim bahawa dia harus membawa rasa bersalah tersebut hingga hari kematian kerana mangsa sudah tidak mahu berjumpa atau bercakap dengan ibunya.

Suami mangsa yang berusia 44 tahun digambarkan sebagai seorang bapa tiri yang kejam telah dihukum penjara selama 20 tahun. Hukuman dikenakan setelah suspek didapati bersalah merogol sehingga mengakibatkan kehamilan anak tirinya.

Menurut laporan, ibu mangsa tahu mengenai anaknya dirogol suami sendiri namun wanita itu enggan melakukan apa-apa berikutan risau ditinggalkan lelaki terbabit.

Wanita tersebut turut menangis setelah dia dijatuhkan hukuman penjara kerana mengabaikan kebajikan anaknya. Hakim Francis Sheridan memberitahu wanita tersebut tidak menunjukkan sebarang kekesalan sepanjang perbicaraan.

“Tangisan awak itu hanya buat diri sendiri. Saya pasti tangisan tersebut bukan merujuk kepada anak awak,” ujar hakim Francis Sheridan.

“Sudah tiba masanya seseorang memberitahu bahawa awak adalah ibu yang kejam. Apabila anak awak mengadu, awak tidak mengendahkannya. Awak telah mengkhianati anak awak dengan memilih untuk menyebelahi suami awak,” tambah hakim itu lagi.

Laporan lain menyatakan bahawa bapa tiri mangsa sudah mula mendera mangsa secara seksual sejak berumur 10 tahun lagi semasa mereka sekeluarga bercuti di Southport. Mangsa mula dirogol pada usia 12 tahun dan perkara itu berlanjutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.

Terdapat satu masa di mana abang kepada bapa tiri mangsa telah datang ke rumah dan turut merogol mangsa. Apabila suspek mengetahui akan kejadian itu, dia terus membiarkan abangnya datang ke rumah tersebut.

Seorang peguam pendakwaan, Angus Roberstson menggambarkan satu insiden di mana ketika suspek merogol mangsa di ruang tamu rumah, si ibu yang berada di tingkat atas telah menanyakan apa yang sedang mereka lakukan di bawah. Wanita tersebut menyatakan di mahkamah bahawa dia tidak tahu anaknya sedang dirogol namun mangsa mengatakan sebaliknya.

Menurut Angus Robertson lagi, mangsa telah disahkan mengandung seawal usia 12 tahun dan telah mengugurkan kandungannya pada tahun yang sama. Menurut laporan, ibu mangsa telah memaksanya untuk mengugurkan kandungan itu kerana telah diugut suspek bahawa dia akan meninggalkannya sekiranya kandungan mangsa tidak dihapuskan.

Apabila disoal, si ibu menyatakan bahawa bayi yang dikandungkan itu bukanlah anak hasil deraan seksual suaminya tetapi hasil daripada hubungan seks yang dilakukan anaknya dengan ‘teman lelaki.’

Mangsa dikatakan telah mengandung sekali lagi pada usia 13 tahun namun tetap dipaksa untuk mengugurkannya oleh ibu mangsa. Terdapat beberapa keraguan mengenai kandungan ketiga mangsa namun tidak dapat dipastikan kerana mangsa sendiri tidak dapat memberikan kenyataan tepat akibat teruk didera bapa tiri.

Ibu mangsa yang berusia 50 tahun dilaporkan menyedari akan hal tersebut semenjak ia pertama kali berlaku namun enggan mempercayai anaknya. Malah, ibu mangsa juga tidak melakukan apa-apa untuk melindungi anaknya dalam tempoh masa empat tahun mangsa didera.

Wanita tersebut dihukum penjara tiga tahun kerana bersubahat merahsiakan jenayah. Satu perintah larangan turut diletakkan padanya yang menghalang wanita tersebut untuk berjumpa dengan anaknya dan keluarganya.

Kisah ini telah mengingatkan penulis kepada salah sebuah buku terbitan Lejen Press bertajuk Sepuluh Jahanam hasil penulisan Azwar Kamaruzaman. Buku ini menghimpunkan 10 cerpen dan salah satu cerpen yang seakan mirip dengan kes ini ialah Bukannya Si Jalang.

Cerpen ini mengisahkan watak utama yang bernama Melur. Gadis ini merupakan mangsa rogol bapa sendiri. Ibunya pula tidak mempercayai Melur dan menggelarnya jalang akibat insiden tersebut.

Buku Sepuluh Jahanam ini telah menerima 3.22 bintang daripada Goodreads. Jadi, dapatkan naskah ini segera!

Untuk mengetahui kisah-kisah lain dalam novel Creepyposta, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca