Risau Dijangkiti COVID-19, Lelaki Ini Cuci Duit Guna Mesin Basuh

Seorang lelaki di Korea Selatan hampa apabila mendapati duit yang dicucinya rosak selepas dia bertindak membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan telah menyimpan sejumlah wang kertas di dalam mesin basuh pada awal tahun ini selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.

Gara-gara terlalu takut virus ini barangkali akan tersebar menerusi wang kertas miliknya itu, lelaki tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk mencucinya seolah-olah mencuci baju.

Kecewa dengan hasil cucian tersebut di mana hampir kesemua duitnya menjadi rosak, lelaki itu mengambil keputusan untuk menukar wang berkenaan kepada wang baharu di bank.

Nasib baik berpihak kepadanya apabila Bank of Korea menerima wang rosak tersebut dan menukarkannya kepada wang baharu.

Memetik laporan media tempatan, jumlah keseluruhan wang yang diterima oleh Bank of Korea adalah RM811,675.

Menurut Seo Jee Wun selaku individu yang bertanggungjawab mengendalikan kes ini, Bank of Korea telah menukarkan 507 keping wang kertas 50,000 won iaitu kira-kira RM89,604 kepada lelaki berkenaan.

Namun begitu, masih terdapat wang yang tidak dapat ditukarkan kerana mengalami kerosakan yang sangat teruk.

Difahamkan, wang yang dimiliki lelaki itu adalah hasil pemberian orang ramai semasa pengebumian salah seorang daripada ahli keluarganya.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca