Rindukan Arwah Anak, Fauziah Nawi Masih Menunggunya ‘Balik’ Dari Tempat Kerja

Kasih seorang ibu memang tiada siapa boleh menafikannya. Itulah yang terjadi kepada pelakon veteran, Fauziah Nawi. Beliau tidak pernah walaupun sehari melupakan terhadap arwah anaknya, Pitt Hanif.

Melalui Instagram miliknya, satu hantaran menunjukkan nukilan beliau meluahkan perasaan rindu terhadap arwah Pitt Hanif. Pembaca boleh menilai sendiri bagaimana rasa sedih yang dirasai oleh seorang ibu.

“Dah 140 hari buah hati mama pergi. Tak sehari pun mama lupa awak tau Pitt,”

“Masih tak rasa Pitt tak kan balik mama sesekali terfikir lambatnya shooting Pitt Kali ni,” luah beliau.

Coretan Fauziah Nawi mendapat pelbagai komen yang positif selain mendoakan arwah Pitt Hanif ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Pelakon veteren tersebut tidak pernah jemu memuat naik setiap hari satu hantaran di Instagram mengenai anaknya itu. Beginilah cara beliau untuk tidak melupakannya.

Mohd Firdaus Mohammad Hanif atau dikenali sebagai Pitt Hanif ditemui meninggal dunia disebabkan oleh lemas. Perkara ini kerana bot yang dinaiki oleh arwah karam di Sungai Jelai, Lipis Pahang pada Oktober tahun lepas.

Sumber: Instagram Fauziah Nawi

Arwah meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak. Sama-sama kita kirimkan doa supaya rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca