‘Rider’ Ini Jatuh Pengsan Akibat Keletihan Hantar Pesanan Makanan Dari Pagi Sampai Malam

Seperti yang kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan semalam, 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 yang berlaku di negara kita.

Namun, dalam pada kita sedang menjalani perintah tersebut, beberapa orang pekerja perkhidmatan seperti penghantar makanan masih lagi meneruskan tugas mereka.

Apabila bermula kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai sangat memerlukan perkhidmatan penghantaran makanan. Oleh itu, ‘rider’ Grabfood atau Foodpanda kini antara yang paling sibuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Terbaru, tular foto seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan yang kepenatan, telah terbaring di tepi jalan. Foto tersebut mengundang rasa sebak warganet.

Menerusi satu hantaran di Facebook Muhammad Hussaini, lelaki itu merupakan pekerja Foodpanda dan dikatakan tidak makan dari pagi kerana terlalu sibuk mengejar pesanan pelanggan.

Sumber: Facebook

Disebabkan terlalu penat dan sudah tiada lagi tenaga, ‘rider’ Foodpanda tersebut jatuh pengsan selepas dia menghantar pesanan yang terakhir pada lewat malam.

Rata-rata warganet meluahkan rasa simpati selain mendoakan agar pemuda tersebut dipermudahakan urusannya. Malah ada di antara mereka yang turut memuji kegigihan ‘rider’ berkenaan dalam melaksananakan tugasanya sehingga lewat malam demi sesuap nasi.

Sumber: Facebook

Kami dari Team Lejen Digital ingin mengucapkan terima kasih kepada ‘rider’ di luar sana kerana berbakti dan masih menjalankan tugas menghantar pesanan makanan. Semoga dimurahkan rezeki dan dilindungi daripada virus COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca