Ribut Turut Badai Pulau Pinang, 98 Lokasi Di Seberang Perai Terjejas

Pada malam tadi, hujan lebat berserta angin kecang telah menyebabkan sebanyak 98 lokasi terjejas di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang dengan 128 pokok tumbang.

Jurucakap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengatakan bahawa daripada jumlah tersebut, terdapat lima pokok tumbang yang menghempap rumah penduduk manakala 120 lagi tumbang dan menghalang lalu lintas serta menghempap kereta. Tiga lagi dipercayai tumbang di kawasan lapang.

Insiden itu juga telah menyebabkan kerosakan bumbung lebih 200 kediaman di sekitar Seberang Perai.

Menurutnya seperti yang dilaporkan Astro Awani, kejadian ribut yang berpunca daripada ekor ribut taufan Lekima itu mengakibatkan taburan hujan 53 milimeter dengan kelajuan angin 100.8 kilometer sejam dan berlaku kira-kira jam 10.30 malam Jumaat hingga 12.30 pagi Sabtu.

Setakat ini, tiada kejadian banjir dilaporkan berlaku. Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan oleh petugas MPSP sejak jam 10.30 malam tadi.

Dalam pada itu, dua pusat pemindahan telah dibuka dekat Seberang Perai Tengah iaitu di Masjid Kuala Juru di mana ia menempatkan 22 orang daripada empat keluarga yang terlibat dalam kejadian ribut itu.

Sebuah lagi pusat pemindahan di Dewan Kafa Kuala Juru pula menempatkan sembilan orang daripada dua keluarga.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca