Ribut Petir Melanda Kawasan Lembah Klang, Pelajar Universiti Malaya Maut Dihempap Pokok

Ribut petir dilaporkan melanda kawasan Lembah Klang petang semalam sehingga mengakibatkan kematian satu nyawa dan kerugian harta benda.

Hujan lebat disertai dengan angin yang kuat menyebabkan pohon besar di hadapan pintu utama Universiti Malaya (UM) tumbang. Insiden ini secara tidak langsung menyebabkan laluan keluar dan masuk ke dalam UM menjadi begitu sesak.

Lebih mengejutkan apabila pohon tersebut bukan sahaja mendarat di atas tiga buah kereta yang berada di kawasan berkenaan, namun turut menghempap seorang pelajar Universiti Malaya sehingga mati.

Pelajar berkenaan dipercayai berada di laluan pejalan kaki bersebelahan dengan deretan kereta tersebut. Pihak berkuasa juga dikatakan menerima laporan berkaitan insiden itu sekitar jam 5.31 petang.

Hasil pemeriksaan dan siasatan, pihak berkuasa mengesahkan bahawa pelajar tersebut meninggal di tempat kejadian. Mendiang dilaporkan berbangsa Cina itu telah dibawa ke hospital berdekatan untuk urusan selanjutnya.

Kerugian dan kerosakan harta benda yang dilaporkan berlaku berikutan kejadian berkenaan mengakibatkan kerosakan teruk pada tiga buah kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Myvi.

Maka, sayangilah diri walau di mana jua anda berada. Elakkan daripada berada di kawasan-kawasan lapang dan laluan di bawah pepohon sewaktu hujan yang disertai dengan petir atau kilat. Hal ini penting bagi melindungi diri anda daripada disambar petir atau sebagainya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca