Rezeki Bukan Hanya Pada Duit, Ini 8 Rezeki Pemberian Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang

Saya merenung ke luar tingkap sebelum memulakan rutin harian. Suasana pagi itu permai dan meriah dengan kicauan burung yang terbang riang.

Kelihatan dua ekor burung terbang ke sana ke mari di sekitar pokok, mungkin sedang cari makanan untuk disuapkan ke mulut anak-anak di sarang. Ada burung yang bertenggek di pagar dengan cacing menggeletis di paruhnya.

‘Burung pun Tuhan bagi makan.’ bisik hati kecil saya. Begitu tenang makhluk ini dengan rezeki pemberian-Nya, siap bernyanyi-nyanyi seolah-olah tiada kerisauan kerana kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kita mempunyai kerisauan tertentu. Persoalan seperti ‘kau kerja apa?’, ‘nak makan dekat mana?’ dan ‘alamak, cukup ke duit bulan ni?’ mungkin pernah menghantui kita.

Kita bekerja keras membanting tulang demi mencari rezeki yang tertulis pada angka wang ringgit.

Namun rezeki ini bukan selalu terletak pada pekerjaan dan duit semata-mata, tetapi apa yang kita nikmati.

Berikut 8 pemberian rezeki daripada Allah yang harus kita yakini:

1. Rezeki yang telah dijamin

2. Rezeki kerana usaha

3. Rezeki kerana sedekah

4. Rezeki yang tidak disangka-sangka

5. Rezeki kerana istighfar

6. Rezeki kerana bersyukur

7. Rezeki kerana bernikah

8. Rezeki kerana anak

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca