Glasier Terbesar Di Benua Eropah

glasier terbesar di benua eropah

Kalau diberikan peluang untuk bercuti ke luar negara, korang mesti nak tengok glasier kan? Apalagi, Aurora Borealis. Bestnya kalau dapat tengok depan mata! Jom kita melancong sekejap ke Iceland dalam alam maya…

Iceland merupakan sebuah pulau yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Kawasan pulau ini berkeluasan 103,000 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 364,134 orang.

Pulau ini mempunyai keadaan geografi yang agak unik dan diberikan nama jolokan sebagai The Land of Ice. Kawasan ini mempunyai kira-kira 125 gunung berapi dan ada diantara gunung tersebut yang masih lagi aktif.

Gunung berapi yang paling terkenal di sana ialah gunung Hekla. Gunung Hekla telah meletus sebanyak 18 kali sejak dari tahun 1104. Bandar terbesar di pulau itu ialah Reykjavík yang juga merupakan ibu kota Iceland. Kawasan yang seluas 273 kilometer persegi ini mempunyai penduduk seramai 131,136 orang.

Suhu di Iceland boleh mencecah sehingga -30 pada musim sejuk. Pada musim panas, suhu akan naik sehingga 25 darjah celcius. Disebabkan oleh Iceland berada hampir dengan lingkaran Artik, penduduk mereka dapat melihat salah satu fenomena alam yang menarik iaitu Aurora Borealis dari bulan September hingga March setiap tahun. Untungnya penduduk di Iceland dapat tengok Aurora Borealis!

Kedudukan Iceland ini menyebabkan negara tersebut mengalami waktu malam yang panjang pada bulan Disember. Namun begitu, pada bulan Jun akan mempunyai hari yang panjang.

Ini bermakna penduduk atau pelancong yang datang akan merasai 24 jam gelap dan 24 jam terang. Ia salah satu fenomena alam yang berlaku apabila 24 jam terang ialah matahari yang tidak tenggelam.

Iceland juga merupakan negara yang mesra alam. Sekitar 85 peratus tenaga yang digunakan dalam negara ini sumber daripada boleh diperbaharui iaitu hydropower dan geothermal.

Di samping itu, Iceland juga merupakan negara yang paling kurang kes jenayah berlaku. Jadi, korang tak perlu risau jika nak melancong ke Iceland.

Namun begitu, negara ini tidak mempunyai McDonald’s. Dikatakan Iceland juga tersenarai antara 5 buah negara yang rakyatnya paling gembira.

Vatnajökull merupakan sebuah glasier yang sangat besar. Bahkan juga, paling besar di Eropah. Glasier ini boleh mencapai tebal sehingga 950 meter dan berkeluasan 8,100 km persegi. Sebanyak 10 peratus kawasan Iceland dilitupi oleh glasier. Lebih-lebih lagi, keluasan Vatnajökull sudah menjangkau 8 peratus daripada keseluruhan glasier yang ada.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca