Resume Sudah Edar Tapi Masih Belum Dipanggil? Ini Tips Untuk ‘Secure’ Panggilan Temu Duga

Pada zaman yang serba moden ini, persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan sangat tinggi mengalahkan Gunung Everest. Untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan, seseorang itu harus melalui proses temu duga terlebih dahulu. Tapi bagaimana pula sekiranya panggilan temu duga pun tak dapat? Memang ‘tanam anggur’ sampai tua jawabnya!

Berikut kami kongsikan tips yang boleh jamin anda untuk dipanggil temu duga:

1. Mohon banyak pekerjaan dalam satu masa

Memandangkan persaingan dalam medapatkan peluang pekerjaan sangat tinggi, salah satu tips untuk anda secure panggilan temu duga adalah dengan memohon banyak pekerjaan dalam satu masa. Jumlah yang disarankan bagi mereka yang menganggur adalah sekurang-kurang dua permohonan setiap hari.

2. Fokus pada matlamat utama kenapa kita hantar resume

Fokus utama dalam hal ini adalah untuk secure panggilan temu duga dan bukannya untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, pastikan maklumat dalam resume itu tidak bercelaru dengan fokus utama anda. Sebaik sahaja anda dipanggil temu duga, barulah fokus utama bertukar kepada untuk mendapatkan pekerjaan.

3. Minta orang lain untuk semak resume anda

Kadang-kadang, anda sendiri tidak perasan tentang kesalahan yang terdapat pada resume anda. Pastikan anda minta orang lain untuk semak resume anda terlebih dahulu kerana sekecil-kecil kesalahan seperti tanda baca atau penggunaan fon yang berbeza itulah akan menutup ruang buat anda dipanggil temu duga.

Untuk tahu lebih mendalam tentang tips yang boleh jamin anda untuk dipanggil temu duga, anda boleh tonton video di bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Semoga berjaya!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca