Restoran Sisik Medan Ikan Bakar Saji Hidangan Makanan Laut Terbaik Di Shah Alam

Sebut sahaja mengenai hidangan makanan laut terbaik di Shah Alam dan Selangor, pastinya Restoran Sisik Medan Ikan Bakar menjadi pilihan warga tempatan. Terkenal dengan sajian ikan bakar serta menu makanan laut yang segar dan berkualiti, restoran ini semestinya menepati selera mereka yang hadir untuk menikmatinya.

Anda mungkin juga pernah dengar mengenai Sisik melalui jenama Sisik Foods yang menawarkan produk masakan Paru Geseq Berlado yang sedap dan digemari ramai.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan pula mengenai nama Restoran Sisik Medan Ikan Bakar dengan keunikan rasa pada juadah makanan laut yang disediakan di restoran mereka.

Pada awalnya, Sisik Medan Ikan Bakar mula membina nama sejak tahun 2013 apabila ia bertapak buat pertama kalinya di GM Klang pada bulan Julai tahun itu.

Restoran Sisik Medan Ikan Bakar
Lokasi pertama sebelum berpindah ke Shah Alam (Sumber: Rawlins Glam)

Selepas tujuh tahun beroperasi, Restoran Sisik Medan Ikan Bakar berpindah ke lokasi baharu iaitu di Kelab Shah Alam pada Julai 2020.

Tahun 2021 merupakan tahun ke-8 port ikan bakar dan hidangan makanan laut sedap ini beroperasi dengan jayanya dalam industri makanan di Malaysia.

Terletak di bandar Shah Alam yang cukup sinonim dengan kepelbagaian makanan autentik masyarakat tempatan, Sisik Medan Ikan Bakar tampil dengan keunikan tersendiri menerusi menu berasaskan ‘seafood’ yang disediakan dengan pilihan masakan menarik dan enak.

Pelbagai jenis makanan laut segar yang boleh dipilih oleh pengunjung yang hadir ke restoran

Sisik Medan Ikan Bakar mengutamakan mutu dalam masakan dengan mengekalkan kesegaran hasil makanan laut sama ada yang domestik mahupun yang diimport dari luar negara.

Saiznya juga berbeza daripada biasa dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Dengan itu, para pelanggan boleh mendapat jaminan juadah yang menyelerakan, setanding dengan harga yang dinyatakan.

Makanan laut yang dipilih akan ditimbang sebelum dimasak

Setiap masakan akan mempunyai harga yang berbeza mengikut jenis, kuantiti, saiz dan berat makanan laut yang anda pilih.

Buat penggemar ikan bakar dan seafood, ini adalah menu istimewa dan unik di Sisik Medan Ikan Bakar yang wajib anda cuba:

1. Sotong Bakar Madu

Sotong Bakar Madu Sisik Medan Ikan Bakar
Ia adalah menu ‘killer’ yang menjadi buruan pelanggan dari serata negara

Masakan bakar madu mengandungi kombinasi bahan-bahan lokal dan western bersama campuran madu. Saiz sotong yang besar hingga mencecah berat setengah kilogram memainkan peranan dalam menjadikan ia sebagai ‘killer product’ utama di restoran ini.

Menu ini dibakar di atas arang untuk memberi tekstur garing di luar tetapi masih memberikan rasa lembut isi sotong yang disalut madu dan rempah istimewa.

Sajian ini dilengkapi dengan sambal dan air asam spesial yang akan disiram di atas hidangan bagi menggandingkan rasa manis madu tersebut.

Keseimbangan rasa pedas-pedas manis daripada perapan sotong menjadikan masakan ini antara menu yang sentiasa menjadi kegemaran pelanggan.

Selain sotong, anda boleh juga cuba kelainan makanan laut lain seperti udang laut atau udang harimau bagi masakan bakar madu ini. Hidangannya tidak akan mengecewakan kerana saiz udang yang digunakan adalah sebesar tapak tangan.

2. Asam Pedas Telur Mayong

Asam Pedas Telur Ikan Mayong Sisik Medan Ikan Bakar

Kalau dulu anda sering menikmati masakan asam pedas bersama ikan biasa, inilah masanya untuk bertukar selera kepada menu asam pedas bersama telur ikan mayong.

Unik seperti namanya, ikan mayong ini hanya boleh didapati pada musim tertentu. Tetapi di Sisik Medan Ikan Bakar, ikan ini diimport khas dari Indonesia yang dibawa masuk setiap minggu ke Malaysia.

Saiz telur ikan yang dipilih sememangnya besar dan apabila dimasak, teksturnya akan menjadi lembut dan agak kenyal ketika dikunyah.

Penyediaan kuah asam pedas pula adalah mengikut resipi asli tempatan dari Johor dan Melaka. Pasti sahaja menu ini akan menambat hati anda yang pertama kali mencubanya.

3. Ikan Bakar Tempoyak

Ikan Bakar Tempoyak Sisik Medan Ikan Bakar

Keistimewaan masakan tempoyak di Sisik Medan Ikan Bakar ialah jenis ikan yang digunakan iaitu ikan laut, berbeza dengan kebanyakan restoran lain yang menggunakan ikan air tawar.

Orang ramai mungkin lebih terbiasa dengan rasa ikan patin dan ikan rais, tapi kelainannya di Sisik, antara pilihan ikan-ikan segar mengikut ketersediaannya ialah ikan siakap, ikan jenahak, ikan kerapu dan sebagainya.

Tempoyak bukan sekadar tempoyak, ia dihasilkan daripada pes asli yang diperbuat daripada durian. Pes ini juga menggunakan kombinasi masakan orang Negeri Sembilan dan Pahang untuk memberi rasa yang lebih pekat dan berlemak.

Bukan itu sahaja, pedas sambalnya juga tidak mengecewakan. Dibakar dengan cukup rempah dan cukup rasa, ikan bakar tempoyak ini akan memberi kelainan buat cita rasa anda.

4. Ikan Bakar Berempah

Ikan Bakar Berempah Sisik Medan Ikan Bakar

JIka hadir ke restoran ikan bakar, tak lengkaplah hidangan tanpa menu ikan bakar istimewa. Berbezanya di Sisik Medan Ikan Bakar, anda boleh pilih jenis sajian antara ikan bakar biasa atau berempah.

Kedua-duanya membawakan aroma tradisional daripada cara penyediaan hinggalah ke hidangan panas yang dimakan bersama nasi.

Keistimewaan ikan bakar berempah di sini terletak pada sambal khasnya yang diperbuat daripada rempah-ratus dengan resipi dari negeri Johor dan Melaka.

Sisik Medan Ikan Bakar menggunakan konsep sambal yang disiram terus ke atas ikan yang siap dimasak. Menurut pelanggan yang kerap berkunjung ke sini, mereka kebiasaannya tidak memerlukan tambahan air asam atau sambal kicap untuk dinikmati bersama ikan bakar kerana masakan di sini adalah cukup rasa seadanya.

Walaupun tidak digandingkan dengan air asam, kesedapan ikan bakar masih boleh terasa daripada perapan ikan segar dan berjus.

Antara pilihan masakan menarik di atas, yang mana satu anda teringin nak cuba? Tepuk dada, tanya selera.

Tonton video yang dikongsikan di laman Facebook Sisik Medan Ikan Bakar di bawah untuk lihat sendiri penyediaan masakan-masakan menarik dan sedap di restoran ini.

Restoran ini turut menyajikan menu hidangan makanan laut terbaik lain yang akan buat anda makan sehingga menjilat jari. Lebih seronok lagi apabila menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hidangan makanan laut lebih enak dimakan panas-panas bersama orang tersayang.
Pilihan menarik lain bagi hidangan makanan laut di Restoran Sisik Medan Ikan Bakar.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke tempat makan seafood paling best di Shah Alam ini!

Tempat Makan Terbaik Dengan Kemudahan Selesa

Restoran Sisik Medan Ikan Bakar berada di Kelab Shah Alam Selangor yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

i) Kemudahan tempat letak kereta

Buat anda yang ingin datang ke sini, anda tak perlu bimbang mengenai masalah tempat letak kereta kerana restoran ini menyediakan ruang parkir khas yang besar dan luas untuk kemudahan pelanggan.

ii) Dine-in

Bukan itu sahaja, Sisik Medan Ikan Bakar juga boleh menampung kapasiti sehingga 1000 orang dalam satu masa, jadi anda boleh duduk menikmati juadah atau berlegar dengan selesa.

Keutamaan restoran juga terletak pada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan keselamatan para pelanggan dan staf restoran. Tidak menjadi masalah sekiranya ada keluarga yang ingin membawa bersama anak kecil atau warga emas.

Selain itu, lokasi Sisik Medan Ikan Bakar membawa keunikan tersendiri dengan adanya pemandangan dan suasana di waktu malam yang cukup cantik dan memukau.

Restoran ini menyediakan ruang makan terbuka tanpa bumbung yang sangat sesuai untuk keindahan malam, terutamanya di hujung minggu. Sambil menikmati selera, anda turut boleh merasai kedinginan angin malam.

Lokasinya yang terletak di atas bukit juga membolehkan anda melihat pemandangan indah bandar Shah Alam pada waktu malam yang mempersonakan.

Nikmati pemandangan bandar Shah Alam di waktu malam sambil merasai keenakan hidangan makanan laut terbaik d Restoran Sisik.

Jom saksikan kongsian pada pautan di bawah untuk melihat bagaimana suasana di Restoran Sisik Medan Ikan Bakar ketika santapan di waktu malam.

iii) Persembahan buskers

Menariknya lagi di Sisik Medan Ikan Bakar ini, setiap hujung minggu akan diadakan nyanyian buskers yang mengetengahkan lagi konsep lepak santai di perkarangan restoran.

Persembahan buskers ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu, iaitu pada jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Dengan servis dan kemudahan yang tersedia ini, tidak hairanlah apabila Restoran Sisik Medan Ikan Bakar dikenali sebagai salah satu tempat makan terbaik di Shah Alam.

iv) Tempahan majlis

Tahukah anda, Sisik Medan Ikan Bakar juga menerima tempahan bagi anda yang ingin menyambut hari istimewa seperti hari jadi, hari ulang tahun, atau mengadakan majlis khas lain di sini.

Sambutan hari istimewa bersama hidangan makanan laut terbaik di Selangor hanya di Sisik Medan Ikan Bakar.

Pastinya lebih lengkap dan meriah apabila digandingkan dengan hidangan makanan laut terbaik dan lazat. Bila kenyang di perut, barulah tersenyum di mulut!

Secara konsistennya, medan ikan bakar ini menerima kehadiran pelanggan dari pelbagai sudut kerana keunikan masakannya. Walaupun rata-ratanya adalah dari Lembah Klang atau negeri Selangor itu sendiri, namun keenakannya turut mengundang pelanggan dari negeri lain serta negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

Saban hari, Sisik Medan Ikan Bakar membina legasinya sebagai restoran makanan laut terkemuka di Selangor dengan mengekalkan kualiti dalam masakan di samping menawarkan servis yang terbaik buat pelanggan.

Jadi, buat anda yang mencari hidangan makanan laut terbaik dan belum pernah menjejakkan kaki ke sini, bolehlah segerakan rancangan anda dalam masa terdekat ini!

Waktu Operasi

Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat: 5 petang – 12 malam

Sabtu, Ahad dan pada cuti umum (public holiday): 12 tengah hari – 12 malam

Selasa: Cuti

Alamat Restoran

No. 1A, Jalan Aerobik 13/43, Persiaran Kayangan, Seksyen 13, 40700 Shah Alam, Selangor.

Waze: Sisik Medan Ikan Bakar

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh WhatsApp di nombor +6016-224 0474 atau kunjungi laman web Sisik Medan Ikan Bakar di sisikikanbakar.com.

Ikuti juga laman media sosial Restoran Sisik Medan Ikan Bakar di bawah untuk maklumat lain dan bagi ketahui promosi istimewa yang bakal berlangsung.

Facebook: https://www.facebook.com/restoransisik/

Instagram: https://www.instagram.com/sisikmedanikanbakar/

Website: https://sisikikanbakar.com/


Artikel Lain Untuk Di Baca