Restoran Piza Ini Diarah Tutup Selepas Bangkai Iguana Seberat 39 Kilogram Ditemui Di Dalam Peti Sejuk

Sebuah restoran piza yang bertempat di selatan Amerika Syarikat (AS) diarah tutup dengan serta-merta selepas pihak berkuasa menemui bangkai iguana seberat 39 kilogram di dalam peti sejuk premis berkenaan.

Sumber: WPTV

Menurut laporan media tempatan, restoran Pizza Mambo yang terletak di West Palm Beach itu diarah tutup pada Khamis lepas oleh Jabatan Peraturan Profesional dan Perniagaan Florida kerana didapati melanggar 27 peraturan.

Tidak cukup dengan bangkai iguana, kakitangan jabatan itu turut menemui kesan kekotoran lipas dan tikus di seluruh premis berkenaan termasuklah di bawah rak penyimpanan barangan kering.

Usaha media tempatan untuk mendapatkan maklum balas daripada pemilik premis itu bagaimanapun gagal kerana masing-masing tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Sumber: Folly Farm

Namun begitu, pekerja di restoran itu ada memberitahu bahawa iguana berkenaan merupakan hadiah yang diterima oleh majikannya. Dakwa pekerja terbabit, cicak gergasi itu sebenarnya disimpan berasingan di dalam peti sejuk mini di mana ia terletak jauh daripada makanan.

Difahamkan, iguana yang banyak terdapat di selatan Florida dianggap sebagai makanan eksotik oleh sesetengah individu. Di Caribbean, reptilia itu juga dikenali sebagai ‘pollo de los √°rboles’ atau ayam pokok.

Sebelum ini, kami ada berkongsi artikel berkenaan sebuah rakaman memaparkan tikus sedang ‘beristirahat’ di atas ayam dekat sebuah restoran yang bertempat di Bayan Lepas. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca