Restoran Nasi Kandar Popular Di Georgetown Kena Kompaun Selepas Najis Dan Bangkai Tikus Ditemui Di Dapur

Sebuah restoran nasi kandar popular yang terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown telah dikompaun atas dua kesalahan yang melibatkan kebersihan.

Restoran tersebut telah didapati meletakkan makanan di atas lantai dan merebus telur di dapur premis yang kotor. Hal ini menyebabkan pihak kesihatan khuatir boleh berlakunya pencemaran silang.

Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), M Bawani, pemilik premis tersebut telah dikenakan dua kompaun yang bernilai RM100 setiap satu.

Tambahan lagi, beberapa kompaun turut diberikan kepada dua lagi restoran nasi kandar yang berada di kawasan yang sama.

“Pengendali makanan juga didapati tidak mengambil suntikan tifoid yang diwajibkan ke atas mereka.”

“Kesemua kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM420,” ujarnya kepada media ketika ditemui sejurus selepas operasi semalam.

Ekoran daripada operasi yang disertai lebih 10 anggota pihak kesihatan, mereka turut memeriksa kedai makan dan sebuah restoran di laluan sama dan sebuah lagi di Jalan Macalister.

Sumber: Danial Saad

Bawani turut memaklumkan premis berkenaan telah diberikan notis penutupan selama 14 hari hingga 4 Mac depan kerana terdapat najis makhluk perosak di dapur dan tempat menyimpan makanan.

“Selepas dua minggu, pemeriksaan semula akan dilakukan terhadap semua premis berkenaan sebagai langkah penambahbaikan,” tambahnya yang memberitahu kompaun RM500 juga telah dikenakan kerana menyalurkan sisa makanan ke parit awam.

Semua kesalahan yang dikenakan kompaun tertakluk kepada Undang-Undang Kecil (Establishment Makanan) MBPP 1991.

Untuk rekod, sejak November 2019, sejumlah 33 kompaun pelbagai kesalahan yang berjumlah RM3,500 telah dikeluarkan.

Untuk membaca artikel tentang restoran kotor, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca