Restoran Muslim Tapi Tayang Iklan Arak, Ini Penjelasan Pemilik Kedai Makan Berkenaan

Tular di media sosal mengenai sebuah restoran berkonsepkan masakan Cina Muslim yang didakwa mengelirukan pelanggan.

Restoran yang terletak berdekatan OUG di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu dikatakan menggunakan papan tanda permis iklan minuman keras.

Sehubungan dengan itu, ramai pelanggan mula keliru dengan status sebenar restoran tersebut kerana sajian mereka hanya ditempah menerusi khidmat penghantaran makanan yang rata-rata pelanggan beragama Islam.

Kemudian terdapat pula dakwaan daripada seorang penghantar makanan bahawa dia pernah menerima pesanan daging babi dari restoran sama.

Tambahan pula, restoran itu dikatakan turut menggunakan empat nama kedai yang berbeza dan salah satunya membabitkan nama seorang cef muslim.

Semakan di portal rasmi Halal Malaysia turut tidak menjumpai sebarang rekod berkaitan keempat-empat jenama di bawah operasi premis tersebut.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal terhadap premis berkenaan terutamanya pada mereka yang pernah memesan makanan di situ.

Susulan kejadian ini, pemilik restoran itu tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tular di media sosial.

Aadham Fareed Abdullah mengakui bahawa premisnya masih belum mempunyai sijil halal serta restoran tersebut masih menggunakan papan tanda iklan minuman keras ketika ini.

Dia menjelaskan tentang situasi didatangi pembekal minuman keras yang mahu membantu membiayai kedainya sewaktu ianya baru dibuka sekitar 2020.

Namun begitu, dia perlu mengikut perjanjian untuk meletakkan papan tanda pembekal tersebut mengikut tempoh 18 bulan. Jika tidak dia perlu membayar ganti rugi sebanyak RM22,000.

Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun menidakkan dakwaan premisnya menjual daging babi meskipun ketika restoran beroperasi sebelum dia memeluk Islam pada Mac 2021.

Jelasnya, makanan yang dimasak oleh tukang masak beragama Islam dari Indonesia serta semua bahan mentah diambil daripada pembekal beragama Islam.

Restoran tersebut juga dalam proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan sedang mengusahakan untuk mengubah suai kedai.

Dia memohon maaf kerana mengelirukan pelanggan beragama Islam berkaitan isu yang telah tular itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca