Restoran Letak Tanda ‘No Pork’, ‘Pork Free’ Bukan 100 Peratus Halal?

Sewaktu kita sedang berjalan atau melalui deretan restoran di premis perniagaan atau pusat beli belah, sering terpampang tanda no pork dan pork free.

Jika dipandang, restoran itu sangat nampak menyakinkan seperti tidak menyajikan makanan yang haram di sisi agama Islam terutamanya daging khinzir.

Yang menjadi persoalannya, bolehkah kita makan di restoran seperti itu? Adakah restoran itu berstatus halal?

Mengulas lanjut tentang jawapan pendakwah yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia iaitu Dr Fitri Haris, beliau mengatakan seantero dunia termasuk Malaysia menggunakan status halal termasuk di permis makanan.

Hasil pembacaan Fitri tentang restoran yang menggunakan tanda no pork atau pork free daripada seorang cef terkemuka dan beberapa artikel lain, beliau menyimpulkan kebarangkalian besar bahawa pengusaha premis perniagaan berkenaan tidak mendapat sijil halal yang jelas.

Tambah Fitri, ini adalah kerana ada percampuran di dalam produk yang dijual. Umpamanya, kedai itu menjual minuman arak di satu bahagian kedai.

Satu bahagian lagi mereka betul-betul jaga, maknanya menggunakan ayam yang disembelih, kuali yang bersih dan diasingkan antara benda yang halal dan tidak halal.

“Walaupun ia sudah elok diasingkan, namun ada benda-benda lain yang mana ia tidak 100 peratus halal. Sebab itu mereka letak tanda pork free kerana tidak menggunakan 100 peratus halal di dalam kedai tersebut,” terangnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan kita supaya memilih kedai yang betul-betul jelas tentang status halalnya termasuklah bahan yang digunakan dan sebagainya.

Tegas beliau, pergilah ke kedai yang mempunyai sijil halal kerana ia penting bagi mengelakkan kita daripada memakan benda-benda yang meragukan.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca