Rasanya, semua dapat lihat yang masyarakat kita pada hari ini semakin obsesi dengan gajet terutamanya telefon pintar. Pergi mana-mana memang tak boleh berpisah dengan telefon masing-masing sampaikan ada yang pergi tandas pun kena bawa telefon.

Belum cerita kalau dekat restoran. Tak pasti kita sebenarnya keluar dengan keluarga dan kawan-kawan ataupun telefon bimbit. Padahal, waktu itulah masa yang terbaik untuk berborak dan berkongsi cerita antara satu sama lain.

Itu belum cerita lagi bab ambil gambar makanan sebelum makan. Belum sempat baca doa, gambar dulu yang diambil untuk dikongsikan di media sosial masing-masing.

Ketagihan menggunakan telefon bimbit ini semakin membimbangkan dari hari ke hari. Sebuah restoran piza di Fresno, California di Amerika Syarikat mengambil inisiatif dengan menawarkan makanan percuma kepada mereka yang langsung tidak menggunakan gajet sewaktu menikmati hidangan.

Promosi berkenaan disebut sebagai ‘Diskaun Bercakap Antara Satu Sama Lain’ di mana para pelanggan perlu menyimpan serta mengunci telefon pintar mereka sepanjang berada di restoran itu.

Diskaun lain daripada yang lain itu cuma layak buat pelanggan berkumpulan minimum empat orang dan kesemuanya perlu membawa telefon pintar yang berfungsi. Tak boleh main tipu dengan bawa telefon yang tak ada bateri atau rosak.

Sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat itu, hidangan piza bersaiz besar akan diberikan secara percuma untuk kunjungan seterusnya. Pada masa yang sama, mereka juga boleh menyumbangkan piza percuma itu kepada gelandangan di Fresno.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar, Oddity Central

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry