Kedai Makan Kak Pah Abe Lah di Tumpat, Kelantan adalah sumber utama untuk anda dapatkan Ikan Bekok asli terbaik seluruh Malaysia.
Kak Pah atau nama sebenarnya, Noriah Ghazali, sudah berniaga nasi campur di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan ini lebih dari 30 tahun.

Pada tahun 2015, bekalan ikan bekok mereka meningkat namun sukar untuk dipasarkan. Maka, ia dijadikan sebagai menu utama di kedai beliau. Susulan itu beliau sama sekali tidak menyangka menu tersebut akhirnya berjaya menjadi tarikan yang cukup memberangsangkan untuk perniagaannya.
50 kilogram ikan bekok akan dihasilkan setiap hari di Kedai Makan Kak Pah Abe Lah termasuk ikan bekok yang dijual secara mentah. Buat para pelanggan yang berada di luar kawasan, dengan mudah, kedai ini turut mengambil pesanan secara dalam talian.
Sudah bertahun-tahun Kak Pah dan suaminya, Abdullah Yahya berniaga ikan bekok ini. Dengan kuasa media sosial, pada tahun 2018, kedai Kak Pah Abe Lah menjadi tumpuan ramai dan semakin popular dalam kalangan penggemar masakan pantai timur terutamanya.
Sehingga kini, orang ramai masih teruja dan tertarik dengan kelazatan pembuka selera yang dihasilkan di kedai makan Kak Pah Abe Lah.
Ikan bekok dari kedai viral ini tidak henti memikat selera orang ramai. Dengan rasanya yang tidak begitu masin, membuatkan ia mudah untuk dimakan dan cukup sebagai penambah selera dalam setiap suapan.
Ikan Bekok

Ikan Bengkak atau dikenali sebagai Ikan Bekok ini sudah tidak asing lagi di Kelantan terutama di kawasan Pantai Geting, Tumpat.
Sudah lama ikan bengkak ini dikategorikan sebagai pembuka selera paling berkesan dan enak di Kelantan.
Pantai Geting, Tumpat merupakan kawasan perkampungan nelayan. Oleh itu, tidak hairanlah penghasilan ikan bengkak bermula dari kawasan ini dan dijadikan sebagai makanan tradisi Tumpat.
Ikan bengkak ini adalah ikan yang sudah diproses. Menariknya ikan bengkak ini, ia tidak dikeringkan sepenuhnya bagi mengekalkan isinya yang lembap dan lembut.
Itu sebabnya ikan bengkak tidak sama seperti ikan kering atau ikan masin yang dikeringkan sepenuhnya. Malah, lebih ramai orang mudah untuk terima pembuka selera ini.

Bagi menghasilkan ikan bengkak, ikan akan diperap semalaman dengan garam dan akan dijemur pada keeseokan hari. Jika mahu digoreng, ia perlu diperap sekali dengan dengan kunyit.
Bau ikan bengkak sebelum goreng atau masak ini sememangnya tidak menyenangkan. Sebaliknya, apabila digoreng pula, aroma yang terhasil amatlah menyelerakan hingga anda yang tidak lapar pun akan berselera untuk makan.
Kedai Makan Ikan Bekok Kak Pah dan Abe Lah

Kedai yang terletak di Kampung Geting ini akan dipenuhi dengan pelanggan seawal jam 8 pagi, menarik perhatian orang ramai dengan aromanya ketika menggoreng ikan bengkak tersebut.
Di kedai, pelanggan akan layan diri ketika ambil nasi dan masakan kampung lain atau ulam-ulaman yang di pilih. Selain itu, mereka hanya perlu tunjukkan jenis ikan bengkak yang mereka gemar kepada pekerja untuk digoreng dan dihidang panas-panas.

Mereka sediakan pelbagai jenis ikan bengkak untuk pelanggan pilih seperti ikan layur, cencaru, kekek dan gelama.
Semestinya kedai ini terkenal dengan menu utamanya, ikan bekok tetapi kedai ini turut menyediakan pelbagai variasi makanan untuk dipilih mengikut selera anda kerana ikan bekok ini sedap dimakan dengan nasi panas dan masakan kampung lain.

Seperti biasa, mengikut konsep ‘nasi campur’, pelbagai masakan kampung akan dihidang untuk pelanggan pilih dan layan diri.
Lauk kampung kegemaran anda pasti akan anda dapati di restoran yang terkenal dengan masakan sedap ini seperti siput sedut masak lemak, etok masak lemak, gulai itik, sayur lemak sup dan banyak lagi.

Kebanyakan orang lama akan menjadikan ulam-ulaman sebagai hidangan utama mereka atau pelengkap makanan harian bagi mengekalkan tubuh badan sihat.
Ulam boleh dimakan mentah dan lebih sedap apabila dicicah dengan sambal. Ikan bengkak amat sesuai dimakan dengan ulam-ulaman dan pada zaman sekarang, biasanya, ulam-ulaman ini akan dijadikan makanan sampingan.
Anda boleh dapati banyak jenis ulam-ulaman di Kedai Makan Kak Pah Abe Lah untuk dikenakan dengan nasi dan ikan bengkak pilihan anda.

Kuih-muih juga tersedia untuk anda makan sebagai pencuci mulut, memang sesuai dengan suasana dan konsep makanan yang mereka sajikan.
Bukan itu sahaja, di hadapan kedai Kak Pah Abe Lah ini dipenuhi dengan gerai-gerai jualan yang bakal menarik perhatian anda.

Coconut Shake, Cendol dan ABC yang sentiasa menambat hati orang apabila berada di kawasan pengunjung ada untuk anda nikmatinya di kedai Kak Pah Abe Lah.

Jus buah-buahan segar seperti oren, naga, mangga, tembikai, epal dan lobak merah pun ada di salah satu gerai untuk puaskan cita rasa anda.

Ubi Tonyoh atau ubi kayu parut ini juga adalah salah satu makanan tradisi di Tumpat.
Nikmati Ubi Tonyoh, dimakan bersama gula dan kelapa muda parut yang sedap dimakan panas-panas ini hanya di kedai Kak Pah Abe Lah.

Kepada peminat roti canai pula, anda boleh dapatkan di gerai Roti Canai Din Za. Menu istimewanya adalah Roti Canai Sarang Burung Sambal Bilis yang pasti akan membuatkan anda berasa rugi jika tidak mencubanya.

Selain itu, ada satu bahagian di Kedai Makan Kak Pah Abe Lah, disediakan untuk jualan ikan bengkak mentah bagi para pelanggan beli dan bawa pulang ke rumah.
Pesan Online
Teringin nak makan ikan bengkak tapi jauh sangat nak ke Tumpat? Kak Pah Abe Lah sudah jumpa jalan penyelesaian untuk anda yang berada di seluruh Malaysia.

Hubungi sahaja Kak Pah sendiri menerusi WhatsApp untuk membuat pesanan ikan bengkak asli dihantar terus ke rumah anda.
Cara pembungkusan untuk penghantaran ikan bengkak ini sudah siap divakum dan ini membuatkan ia bertahan selama enam hari tanpa peti sejuk.
Jika anda berkesempatan untuk ke Pantai Geting, anda boleh singgah terus ke kedai Kak Pah Abe Lah dan disarankan untuk anda pergi awal pagi.

Makanannya sesuai untuk makan tengahari tetapi kedai Kak Pah Abe Lah mula beroperasi jam 8 pagi dan kebanyakan lauknya akan mula habis pada waktu tengahari.
Tetapi untuk anda yang hanya mahukan ikan bengkak, boleh singgah sahaja terus ke kedai pada bila-bila waktu operasi.
Dengan kedai perniagaan mereka yang semakin maju dari tahun ke tahun, mengetengahkan jualan makanan tradisi masyarakat Kelantan, ikan bengkak ini dan kekalkan keasliannya, membuatkan kedai ini menjadi kedai ikan bengkak yang valid untuk anda cuba sendiri.
Alamat Restoran
Jalan Pantai Geting, 16200 Tumpat, Kelantan.
Waze Kedai Ikan Bekok Kak Pah Abe Lah: https://waze.com/ul/hw30e7sxzb
Waktu Operasi
Isnin, Rabu – Khamis (8am – 3pm)
Jumaat (8am – 12.30pm)
Sabtu – Ahad (8am – 3pm)
Ikuti juga laman media sosial Kedai Ikan Bekok Kak Pah Abe Lah di bawah untuk maklumat lain dan ketahui menu-menu menarik yang ada di sana.
Facebook: Kedai Makan Kak Pah Abe Lah
Instagram: @ikebekok_kakpah
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: