Restoran Ikan Bakar Terangkat Di Bangi-Kajang Saji Pelbagai Makanan Laut Segar Dan Sedap Guna Pes ‘Homemade’

Sebut sahaja makanan laut segar dan sedap, mesti anda membayangkan pelbagai kedai makan yang popular di beberapa kawasan. Yang pasti Restoran Ikan Bakar Terangkat di Bangi-Kajang ini juga merupakan salah satu daripadanya.

Kawasan halaman Restoran Ikan Bakar Terangkat yang mudah dicari oleh pelanggan.
Kawasan halaman Restoran Ikan Bakar Terangkat yang mudah dicari oleh pelanggan.

Restoran Ikan Bakar Terangkat terletak di tepi jalan besar Ayer Itam, Kg. Sungai Merab Luar ini popular dengan menu ikan bakarnya yang mendapat tarikan para penggemar makanan laut. Selain itu, mereka turut menyediakan pelbagai variasi menu makanan laut lain seperti berasaskan sotong, udang dan sebagainya.

Pelanggan yang pernah menikmati kedai makan di Bangi-Kajang mesti mengetahui keunikan dan keenakan masakan di restoran seafood pilihan ramai ini.

Tahukah anda terdapat kisah menarik di sebalik kewujudan restoran tersebut? Yang pasti kisah ini bakal menarik perhatian anda untuk mencuba sendiri keenakan hidangan di restoran makanan laut tersebut bagi yang belum datang ke sini.

Pemilik Restoran Ikan Bakar Terangkat, Encik Mohd Nazrin Nasir bersama isterinya memulakan operasi pada tahun 2015 sebagai vendor stall yang menumpang sebuah restoran di Jalan Ayer Itam, Kg. Sungai Merab Luar, Kajang (sempadan Bangi-Putrajaya).

Pemilik Restoran Ikan Bakar Terangkat, Encik Mohd Nazrin yang menceburi perniagaan ikan bakar sejak 2015.
Pemilik Restoran Ikan Bakar Terangkat, Encik Mohd Nazrin yang menceburi perniagaan ikan bakar sejak 2015.

Pada tahun 2018, beliau mengambil alih restoran itu dan telah berjaya membuka tiga lot kedai untuk perniagaan restoran makanan laut segar.

Anda pasti tertanya-tanya kenapa perkataan ‘terangkat’ diletakkan pada nama restoran ini? Ini jawapan Encik Mohd Nazrin.

Mendapat nama daripada seekor kucing. Saya berniaga dengan isteri saya. Apabila pelanggan habis makan, saya bagi makanan dekat kucing. Badan kucing itu terangkat-angkat.

Encik Mohd Nazrin.

Walaupun kedengaran agak lucu, tapi penangan nama itu telah membuka mata orang ramai akan kewujudan restoran makanan laut segar dengan aroma pes ikan bakar yang menyelerakan di Bangi-Kajang ini.

Sejak sekian lama, perniagaan ikan bakar sentiasa mendapat perhatian para peniaga. Hal itu memberi persaingan kepada setiap perniagaan.

Walau bagaimanapun, Encik Mohd Nazrin masih tekad untuk berniaga ikan bakar dan makanan laut serta sanggup bersaing dengan restoran makanan laut yang lain.

Hidangan di Restoran Ikan Bakar Terangkat daripada hasil laut yang segar
Hidangan di Restoran Ikan Bakar Terangkat daripada hasil laut yang segar

Menurut Encik Mohd Nazrin, beliau pernah bekerja di Industri Minyak dan Gas selama lebih kurang lapan tahun. Apabila melibatkan diri dengan orang ramai, pelbagai pengetahuan dan pengalaman termasuklah menimba ilmu daripada orang berpengalaman berkaitan perniagaan.

Tidak sekadar itu, Encik Mohd Nazrin juga telah didedahkan dengan perniagaan ikan bakar seawal usia 15 tahun apabila beliau pernah bekerja di restoran ikan bakar.

Acuan pengalaman dan pengetahuan mencetuskan idea memulakan restoran ikan bakar bermula tahun 2015 sehingga kini.

Oleh kerana minat yang menebal dalam perniagaan, Encik Mohd Nazrin telah mencipta jenama produk sendiri dengan bimbangan MARDI.

Jenama NazrinFiza Recipe telah mengeluarkan beberapa produk antaranya ialah Pes Ikan Bakar Terangkat dan pelbagai sambal ready to eat. Kesemua produk sambal terangkat ini mempunyai keunikan tersendiri.

Jenama NazrinFiza Recipe mengeluarkan pelbagai produk sambal terangkat ready to cook dan ready to eat

Pes Ikan Bakar Terangkat ialah produk yang dikeluarkan oleh NazrinFiza Recipe. Produk ini diperbuat daripada pelbagai ramuan, antaranya terdiri daripada bahan asas berkualiti, menggunakan garam bukit, menggunakan cili kering tanpa biji dan tiada bahan pengawet.

Selain dijadikan pes ikan bakar, produk ini juga boleh digunakan untuk masakan ayam, daging, udang, sotong dan pelbagai menu lain.

Pes Ikan Bakar Terangkat yang mempunyai permintaan yang tinggi di Restoran Ikan Bakar Terangkat.
Pes Ikan Bakar Terangkat yang mempunyai permintaan yang tinggi di Restoran Ikan Bakar Terangkat.

Cara penyediaan makanan menggunakan pes ikan bakar homemade sedap ini sangat mudah, cepat dan ringkas. Pes yang diisi padat dalam peket atau botol ini mudah dibawa ke mana sahaja terutama untuk melancong atau mengembara. Jom hadiahkan kepada yang tersayang!

Selain menjimatkan masa, pes serbaguna ini boleh digunakan untuk memasak lebih 20 menu selain bakar.

Antara pencapaian Encik Mohd Nazrin dalam perniagaan NazrinFiza Ikan Bakar Terangkat ialah beliau berjaya merangkul Anugerah Agropreneur Muda MARDI 2019 sempena majlis ulangtahun MARDI ke-50 tahun.

Encik Bazri menerima anugerah daripada MARDI
Encik Mohd Nazrin menerima anugerah daripada MARDI

Tidak hanya itu, NazrinFiza Recipe dan Restoran Ikan Bakar Terangkat telah diperkenalkan di stesen televisyen seperti Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV3, Nasi emak Kopi O (NLKO), Borak Lopitiam, DIY masak menggunakan pes ikan bakar terangkat dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah, artikel akhbar Kosmo dan Saji.my, wawancara Astro Awani dan RTM.

Kesemua penglibatan ini jelas menunjukkan bahawa Ikan Bakar Terangkat mempunyai keunikan dan nilai komersial yang tinggi sebagai restoran makanan laut segar di Bangi-Kajang.

Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan juga pernah bersiaran di Restoran Ikan Bakar Terangkat
Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan juga pernah bersiaran di Restoran Ikan Bakar Terangkat
Bersama rancangan NAsi Lemak Kopi O
Bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O
Temu bual di stesen tv Al-Hijrah dalam segmen Assalamualaikum untuk memperkenalkan produk Pes Ikan Bakar Terangkat dan produk sambal terangkat yang lain
Temu bual di stesen tv Al-Hijrah dalam segmen Assalamualaikum untuk memperkenalkan produk Pes Ikan Bakar Terangkat dan produk sambal terangkat yang lain
Penulisan artikel daripada akhbar Kosmo berkenaan Restoran Ikan Bakar Terangkat.
Penulisan artikel daripada akhbar Kosmo berkenaan Restoran Ikan Bakar Terangkat.

Bagi peminat makanan laut segar dan sedap, ini lima menu istimewa yang mendapat permintaan tinggi di Restoran Ikan Bakar Terangkat.

1. Ikan Bakar Terangkat

Menu Ikan Bakar Terangkat ialah menu utama di kedai makan seafood Bang-Kajang ini. Juadah ini wajib dicuba apabila anda berkunjung ke Restoran Ikan Bakar Terangkat.

Menu utama Ikan Bakar Terangkat yang wajib dipesan oleh pelanggan
Menu utama Ikan Bakar Terangkat yang wajib dipesan oleh pelanggan

Selain ikan jenahak seperti gambar di atas, Restoran Ikan Bakar Terangkat juga menggunakan jenis ikan lain yang terdiri daripada ikan-ikan segar dan berkualiti.

Kesedapan salutan pes ikan bakar buatan sendiri dan aroma daun pisang sememangnya menaikkan aroma yang sangat enak. Cukup memikat selera si penggemar ikan bakar dan pasti membuatkan anda betul-betul terangkat!

Selain ikan, anda juga boleh mencuba makanan laut yang lain seperti kerang, lala, pepahat, kupang, sotong dan ketam bagi masakan bakar. Hidangan ini pasti tidak akan mengecewakan malahan akan membangkit dan memuaskan selera anda.

2. Shellplatter Terangkat

Hidangan Shellplatter Terangkat ini menjadi antara hidangan pilihan utama pelanggan Restoran Ikan Bakar Terangkat. Portion gedabak gila memang memuaskan nafsu makan anda. Ditambah lagi dengan nasi putih percuma yang disediakan kepada pelanggan.

Shellplatter yang mempunyai portion banyak sesuai untuk makan bersama keluarga
Shellplatter yang mempunyai portion banyak sesuai untuk makan bersama keluarga

Terdapat tiga jenis Shellplatter Terangkat yang disajikan di kedai makan ini iaitu set untuk 2 orang, 4 orang dan 6 orang makan.

Terdapat makanan laut seperti lala, ketam, kupang, udang galah dan isi ikan siakap. Cukup lengkap dan sesuai untuk enam orang makan seperti hidangan gambar di atas.

Saiz hidangannya yang besar dan juga berbaloi pasti akan membuatkan anda kenyang sampai tersandar.

3. Udang Butter

Sekiranya anda peminat udang segar dan besar, menu udang butter sesuai untuk anda di Restoran Ikan Bakar Terangkat.

Menu berasaskan udang ini adalah salah satu makanan yang boleh memenuhi citarasa anda.

Udang segar yang dimasak butter sedap dimakan dengan nasi panas
Udang segar yang dimasak butter sedap dimakan dengan nasi panas

Memang terasa kerangupan kulit udang di luar dan isi udang yang lembut dan manis di dalam kerana digoreng dengan cukup sempurna.

Anda perlu merasai sendiri keenakan udang ini kerana kepakaran mereka dalam penyediaan hidangan ini tidak dapat disangkal lagi.

4. Sotong Celup Tepung

Giliran pencinta seafood seperti sotong pula, hidangan ini wajib untuk anda cuba. Sotong celup tepung ini sesuai diratah begitu sahaja.

Rangup di luar namun lembut di dalam. Memang betul-betul padu!

Gabungan pedas dan manis daripada menu ketam ini mengecurkan air liur
Sotong celup tepung enak diratah begitu sahaja

Kesegaran sotong sangat dititikberatkan di sini supaya masakan yang dihidang akan memuaskan hati anda semua.

5. Ketam Bercili Terangkat

Nah, pencinta tegar ketam. Menu Ketam Bercili Terangkat sesuai untuk anda para penggemar masakan pedas. Ini antara menu yang terlaris di Restoran Ikan Bakar Terangkat.

Gabungan pedas dan manis daripada menu ketam ini mengecurkan air liur

Keseimbangan rasa pedas-pedas daripada Pes Ikan Bakar Terangkat dan rasa manis daripada ketam ialah kombinasi menarik untuk memikat selera pelanggan. Anda juga boleh memilih sendiri ketam segar untuk dimasak supaya menepati citarasa anda.

Pes Ikan Bakar Terangkat sangat menarik kerana pelbagai juadah dapat dibuat dengan menggunakan pes buatan sendiri ini.

Kepada anda yang telah terpikat dengan pes itu, Restoran Ikan Bakar Terangkat turut menjual pes buatan sendiri ini!

Keluaran Produk Sambal

Selain daripada makanan laut, Restoran Ikan Bakar Terangkat juga menjual produk sambal terangkat ready to eat yang mempunyai permintaan tinggi dikeluarkan oleh NazrinFiza Recipe.

Sambal-sambal ini anda boleh dapatkan di Restoran Ikan Bakar Terangkat dan melalui aplikasi Shopee.

Kilang perprosesan produk NazrinFiza Recipe
Kilang pemprosesan produk NazrinFiza Recipe

1. Sambal Balis Terangkat

Perkataan Balis dipilih kerana ia menggunakan bahan utama iaitu bawang dan bilis. Sambal dihasilkan daripada ikan bilis gred A yang diterbangkan jauh dari Tawau, Sabah dan menggunakan garam bukit.

Kepada yang tidak suka biji-biji cili dalam sambal, ini merupakan produk yang sesuai untuk anda kerana biji cili akan ditapis terlebih dahulu sebelum diproses. Sambal ini juga tiada sebarang bahan pengawet.

Sambal Balis Terangkat yang lazat dimakan dengan apa-apa sahaja.
Sambal Balis Terangkat yang lazat dimakan dengan apa-apa sahaja.

Sambal ini boleh dimakan bersama nasi, pulut, bubur, ubi kayu, kuah lontong dan juga banyak lagi.

Sambal Balis Terangkat juga sangat enak jika dimakan begitu sahaja kerana ready to eat dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja serta tahan sehingga setahun..

2. Sambal Ketuk Ulis Terangkat

Sambal Ketuk Ulis Terangkat akan memudahkan kerja seharian anda kerana tidak perlu susah-susah tumbuk cili api lagi.

Rasanya sangat unik kerana dihasilkan daripada udang halus dan ikan bilis yang mampu menaikkan lagi selera penggemar sambal.

Sambal Ketuk Ulis Terangkat yang boleh dijadikan perencah masakan
Sambal Ketuk Ulis Terangkat yang boleh dijadikan perencah masakan

Selain itu, sambal ini boleh dijadikan perencah nasi goreng dan dibuat lauk berlada. Memang sesuai untuk pencinta makanan yang mahu mengubah selera makan. Sambal ini boleh tahan sehingga setahun dan perlu disimpan di tempat sejuk dingin selepas dibuka.

3. Sambal Tempe Cincang Terangkat

Produk ini menggunakan tempe rangup dan garam bukit, dengan rasa pedas-pedas manis dan sedap diratah begitu sahaja.

Sambal Tempe Cincang Terangkat mempunyai rasa yang pedas-pedas manis serta rangup dan boleh dimakan dengan pelbagai hidangan. Sambal tempe yang tiada tandingan, confirm terangkat.

Anda yang suka melancong ke luar negara dan cerewet memilih makanan, sambal ini sesuai untuk mengenyangkan perut anda kerana anda boleh membawa sambal ini ke mana sahaja.

Rambang mata memilih sambal-sambal keluaran NazrinFiza Recipe? Semuanya nampak sedap. Anda tidak perlu pilih mana nak cuba, beli sahaja semuanya baru puas hati.

Antara empat produk yang dikeluarkan oleh NazrinFiza Recipe

Buat peminat sambal terangkat, NazrinFiza Recipe bakal melancarkan satu produk baru. .

Produk sambal terbaru iaitu Sambal Bilis Spicy Terangkat dalam perancangan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. Tapi jangan risau, anda hanya perlu menunggu pemberitahuan mereka di laman rasmi media sosial Ikan Bakar Terangkat.

Anda penggemar sambal yang pedas padu wajib cuba sambal terangkat keluaran terbaru ini.

Kemudahan di Restoran Ikan Bakar Terangkat

1. Selesa untuk dine-in

Restoran Ikan Bakar Terangkat mampu menampung lebih 200 pelanggan dalam satu masa. Oleh itu, anda boleh datang membawa keluarga untuk makan bersama-sama. Keselesaan di restoran sangat terjamin.

Terdapat meja panjang yang boleh memuatkan satu keluarga. Memang family friendly.

Bahagian luar Restoran Ikan Bakar Terangkat
Bahagian luar Restoran Ikan Bakar Terangkat
Bahagian dalam Restoran Ikan BAkar Terangkat
Bahagian dalam Restoran Ikan Bakar Terangkat
Tempat parking yang luas di sebelah restoran
Banyak set kerusi yang boleh menampung ramai pelanggan

2. Tempat parkir kereta yang luas

Buat anda yang ingin datang ke sini, anda tak perlu bimbang mengenai masalah tempat letak kereta kerana restoran ini menyediakan ruang parkir yang besar dan luas untuk kemudahan pelanggan.

Tempat letak kereta yang luas terletak di sebelah restoran.

Parking yang boleh menempatkan banyak kereta
Parking yang boleh menempatkan banyak kereta

3. Surau disediakan

Anda yang datang dari jauh untuk menikmati hidangan di Restoran Ikan Bakar Terangkat pasti akan mencari tempat untuk menunaikan solat berdekatan selepas makan.

Namun, anda tidak perlu risau hal itu kerana Restoran Ikan Bakar Terangkat telah menyediakan ruang solat yang selesa.

4. Servis cepat

Setiap kedai makan pasti akan mengutamakan kualiti servis yang terbaik kepada para pelanggan. Oleh itu, Restoran Ikan Bakar Terangkat mengambil inisiatif mengupah pekerja seramai 30 orang. Setiap pekerja telah dibahagikan kepada tugas masing-masing.

Antaranya ialah pekerja bahagian memasak di dapur, bahagian penyediaan minuman, bahagian membakar makanan laut, bahagian pelayan dan bahagian di kilang penghasilan sambal.

Ini merupakan langkah yang terbaik dalam menjaga kualiti servis dan memastikan pelanggan mendapat layanan yang terbaik.

5. Tempahan majlis

Menariknya lagi, Restoran Ikan Bakar Terangkat turut menyediakan khidmat tempahan untuk mengadakan majlis seperti majlis hari jadi, majlis ulangtahun, majlis koporat dan majlis lain.

Anda hanya perlu membuat tempahan menu melalui WhatsApp dan juga walk-in sahaja untuk memilih meja, jenis ikan serta menyenaraikan menu untuk dimasak kepada anda.

Pelanggan yang datang bersama kelaurga
Pelanggan yang datang bersama keluarga
Pelanggan yang datang bersama rakan sekerja beramai-ramai
Pelanggan yang datang bersama rakan sekerja beramai-ramai
Boleh menempah meja untuk menyambut majlis hari jadi, ulangtahun dan sebagainya
Boleh menempah meja untuk menyambut majlis hari jadi, ulangtahun dan sebagainya

Secara konsistennya, Restoran Ikan Bakar Terangkat dikunjungi oleh sejumlah besar pelanggan dari Selangor serta luar dari Selangor.

Keunikan masakan restoran makanan laut segar ini juga mengundang pelanggan dari negeri jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura untuk menikmati air tangan dari Malaysia.

Saban hari, Restoran Ikan Bakar Terangkat dikenali sebagai restoran makanan laut segar di Bangi-Kajang yang popular dengan mengekalkan kualiti masakan yang terbaik serta servis yang cukup memuaskan kepada pelanggan.

Cukup bersesuaian dengan tagline Restoran Ikan Bakar Terangkat iaitu ‘Memang terangkat… terliur aihh!’

Team Lejen Digital tidak ketinggalan singgah makan di Restoran Ikan Bakar Terangkat
Team Lejen Digital tidak ketinggalan singgah makan di Restoran Ikan Bakar Terangkat

Buat anda yang mencari restoran restoran ikan bakar dan restoran makanan laut segar di kawasan Bangi-Kajang, anda boleh merancang untuk datang ke Restoran Ikan Bakar Terangkat. Rugi tak cuba sendiri di kedai makan seafood yang terbaik.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh WhatsApp di www.wasap.my/60124662869

Untuk membuat tempahan pelbagai jenis produk atau makanan, anda tekan link di bawah:

  1. Delivery: https://ikanbakarterangkat.oddle.me/en_MY/
  2. Shopee: http://www.shopee.my/nazrinfiza_recepi

Alamat Restoran

No.1, Lot 3083, Jln Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.

Waze Restoran Ikan Bakar Terangkat:

https://www.waze.com/en/live-map/directions/ikan-bakar-terangkat-jalan-sungai-merab-bangi-3083-kajang?place=w.66650141.666763558.9921772

Waktu Operasi

Setiap hari (5.00pm – 12.00am)

Ikuti juga laman media sosial Ikan Bakat Terangkat di bawah untuk maklumat lain dan ketahui menu-menu yang menarik yang ada di sana.

Laman web: https://ikanbakarterangkat.com/

Facebook: https://www.facebook.com/ikanbakarterangkatHQ/

Instagram: https://instagram.com/ikanbakarterangkat?igshid=YmMyMTA2M2Y=

TikTok: http://www.tiktok.com/@ikanbakarterangkat

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca