Restoran Congkak Buka Cawangan Kedua Di The Curve Dengan Konsep Sajian Nusantara Dan Tradisional Melayu

Restoran Congkak telah membuka cawangan barunya di The Curve, Damansara dengan membawa konsep sajian istimewa berasaskan resipi asli Nusantara dan masakan tradisional Melayu. Ini merupakan lokasi kedua Congkak selepas lebih dua tahun membangunkan restoran pertama mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sejak 2019 lagi, Congkak telah membina imej sebagai salah sebuah tempat makan unik dan sedap di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Cawangan pertama Restoran Congkak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Rata-rata pengunjung hadir bagi merasai sendiri setiap hidangan yang ditawarkan di sini. Buat anda yang inginkan kelainan daripada suasana moden di kota dan mencari elemen tradisional dalam sajian dengan menu ala kampung, Congkak pastinya dapat menepati cita rasa anda.

Menu Signature Nasi Ambeng

Mengetengahkan tradisi dalam masakan, semua menu yang dihidangkan di Restoran Congkak menitikberatkan kualiti dari segi bahan dan penyediaannya bagi mengekalkan rasa yang autentik.

Nasi Ambeng merupakan menu signature yang ditawarkan di sini. Resipi yang berasal dari Jawa ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia. Jika anda penggemar makanan Nusantara, Nasi Ambeng sememangnya tidak dapat dikecualikan daripada pilihan sajian utama di Congkak.

Nasi Ambeng

Untuk anda yang mencari hidangan dengan portion yang besar, Nasi Ambeng adalah pilihan terbaik. Pelanggan boleh tentukan sendiri saiz hidangan mengikut kesukaan kerana Congkak menawarkan saiz daripada 1 pek sehingga 8 pek bagi setiap dulang.

Nasi Ambeng di Congkak ini didatangkan bersama nasi putih, acar rampai, serunding kelapa, telur masin, ikan masin, sambal belacan, sambal Jawa, kerabu sayur, terung sambal, keropok, begedil dan ikan kembung belado. Tambahan lagi, pengunjung boleh juga memilih untuk menikmatinya bersama ayam masak kicap atau gulai ayam.

Menarik, kan? Dalam satu juadah ini, anda boleh rasai kelainan rasa yang pelbagai. Kalau datang bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menjamu selera di Congkak, jangan terlepas untuk dapatkan sajian popular Nasi Ambeng ini.

Bagi kami, semua menu di sini layak diberikan tumpuan daripada orang ramai serata negeri. Bukan setakat enak pada rasa, penampilan hidangannya juga amat memuaskan secara visual. Yang pastinya, elemen tradisional yang diselitkan mampu meningkatkan lagi selera makan anda.

Selain Nasi Ambeng, kami syorkan anda untuk cuba juga menu utama lain yang spesial di Restoran Congkak iaitu Rendang Tok, Rusuk Panggang Masak Hitam, Itik Goreng Berempah dan Ikan Wayang.

Sumber: Eat Drink KL dan GoodyFoodies Blog

Menu Baru Sempena Pembukaan Congkak The Curve

Selari dengan perasmian outlet kedua ini, Congkak memperkenalkan beberapa menu baru yang lebih menarik dan menggoda. Tak lain daripada konsep utamanya, kali ini mereka membawakan warna-warni dalam hidangan dengan keunikan masakan khas Indonesia untuk anda terokai.

1. Nasi Kuning

Nasi Kuning

Jika sebelum ini anda sudah biasa dengan nasi putih, sekarang bolehlah mencuba Nasi Kuning yang dimasak harum bersama wangian rempah-ratusnya. Aroma serai dan pandan memberi gandingan serasi, sekali gus menambat selera orang yang menikmatinya.

Nasi Kuning ini disajikan bersama ayam percik yang melengkapkan keseluruhan hidangan. Rasa asli nasi kunyit memberikan keseimbangan tekstur pada juadah dan tidak mengecewakan apabila dicuba buat kali pertama.

2. Bakso dan Mee Hoon

Untuk anda yang ingin mengubah cita rasa dan bertukar kepada hidangan selain nasi, Congkak juga menawarkan menu berasaskan mi dan bihun.

Bakso merupakan salah satu juadah popular yang sedap dan mudah didapati. Ia memberi kepuasan terbaik bagi penggemar masakan Nusantara terutamanya pada rasa kuah yang pekat dan isi bebola daging yang berjus.

Hidangan bihun sup daging juga tidak boleh dilupakan. Lebih enak bila digandingkan bersama sambal kicap yang padu untuk beri ‘kick’ pada rasa campuran bahannya.

3. Bubur

Bubur

Selain hidangan nasi berlauk, anda boleh juga memesan menu yang lebih ringan tetapi mengenyangkan. Bubur yang disajikan di Congkak ini bukan ‘kaleng-kaleng’ kerana ia didatangkan dengan lima juadah sampingan untuk dinikmati bersama.

Bubur daripada resipi Nusantara ini membawa kelainan yang tersendirinya dan disediakan secukup rasa, seimbang dengan rasa pedas dan masinnya. Ia sesuai dijamu sebagai pembuka selera atau buat makan petang.

4. Satay Nusantara

Di Malaysia dan Indonesia, sate dikenali sebagai menu kegemaran ramai dan menjadi buruan tak kira musim. Selepas anda menikmati menu-menu yang kami senaraikan di atas, jangan lupa juga untuk masukkan sekali hidangan sate ini sebagai pelengkap selera anda di Congkak.

Satay Nusantara ini boleh dijumpai dalam pelbagai variasi sajian. Perapan daging dan sos memainkan peranan penting. Anda boleh rasai tekstur lembut dan kenyalnya yang sempurna, digandingkan bersama cili dan perahan limau untuk flavour yang terbaik.

Sajian tradisi membawa imej sesebuah negara. Congkak memainkan peranan dalam mengekalkan tradisi Melayu Nusantara daripada kian pupus dek peredaran zaman.

Setiap sajiannya dihasilkan dengan teliti dan disiplin oleh chef eksklusif untuk memberikan pengalaman santapan bermakna buat pengunjung restoran ini. Tidak hairanlah menu-menu di Congkak sering menambat hati orang ramai tak kira bangsa.

Kemudahan Lokasi

The Curve, Damansara merupakan kawasan strategik bagi Restoran Congkak kerana pengunjung boleh akses kemudahan-kemudahan serba lengkap yang tersedia di dalam pusat membeli-belah ini. Lokasinya juga berhampiran dengan IKEA, Lotus’s, Kidzania dan IPC Shopping Centre.

Congkak terletak di aras bawah dan juga dilengkapi dengan dua bahagian ruang makan yang luas berserta pendingin hawa untuk keselesaan umum.

Untuk anda yang ingin hadir bersama keluarga atau dalam kumpulan yang ramai, usah bimbang kerana pihak Congkak akan menguruskan segala keperluan anda mengikut kesesuaian Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjamin servis yang terbaik buat anda.

“Restoran Congkak ada permainan congkak ke?”

Jangan terkejut kalau anda lihat permainan congkak yang terpapar di atas meja, dan sememangnya bukan sekadar hiasan. Sesuai dengan nama dan konsep restoran, dekorasi dari segi interior adalah pantulan daripada reka bentuk klasik. Sementara menunggu hidangan, bolehlah bergambar dalam ambience yang unik ini.

Memetik namanya daripada permainan congkak, Restoran Congkak menyuntik sentuhan tradisional yang menyerlahkan ciri-ciri kemelayuan terutamanya dalam masakan. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Mari sama-sama menikmati resipi warisan dan mengimbau memori lama di Restoran Congkak @ The Curve.

Alamat

The Curve, Lot G51 Ground Floor, 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Google Maps: https://goo.gl/maps/WuLQyj668y9VXzkQ9

Waze: https://waze.com/ul/hw283bnz5j

Waktu Operasi

Ahad – Khamis: 10 pagi – 10 malam (Tutup pada hari Isnin)

Jumaat, Sabtu dan cuti umum: 10 pagi – 11 malam

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi mereka di jom.chat/restorancongkak atau WhatsApp di https://wa.me/0162624113.

Ikuti laman media sosial Congkak di bawah bagi info lanjut:

Instagram: https://www.instagram.com/congkakkl

Twitter: https://twitter.com/congkakkl

Facebook: https://www.facebook.com/congkakkl/

Artikel Lain Untuk Di Baca