Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mi Kari, Ini Adalah Kebenarannya

Tular di media sosial sebuah video yang mendakwa mi kari di sebuah restoran terkenal berstatus halal menggunakan daging babi dalam makanannya.

Susulan daripada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) telah menyerbu sebuah restoran berkenaan yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari.

Menurut Muhamad Zikril Azan Abdullah, Pengarah KPDNHEP Selangor, pihaknya telah memeriksa di bahagian dapur restoran dan menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

Ketika ditanya kepada pengurus restoran terbabit, dia menafikan daging tersebut adalah daging babi dan menegaskan itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku. Walau bagaimanapun, bahan mentah itu telah disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar.

Menurut pengurus restoran terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu. Selain itu, dia juga mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

Pengarah KPDNHEP turut memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan mendapati premis itu memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) yang masih dalam tempoh sah hingga 30 November ini.

Pihak KPDNHEP akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Pemeriksaan sama terhadap cawangan restoran berkenaan turut dijalankan oleh pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, Kajang dan Gombak yang membabitkan seramai 15 anggota.

KPDNHEP bagaimanapun telah menjelaskan perkara yang sebenar di laman Twitter berserta Facebook milik mereka.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca