Restoran Anuar Kari Kepala Ikan Di Bangsar Diarah Tutup Selepas Didapati Kotor Dan Tidak Selamat

Sebuah premis makanan yang cukup terkenal dengan menu kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden dekat Bangsar diarah tutup dengan serta-merta.

Difahamkan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengeluarkan notis perintah penutupan premis terhadap Kedai Anuar Kari Kepala Ikan selepas ia didapati beroperasi dalam keadaan kotor. Pengeluaran notis itu dibuat kerana bimbang keadaan kotor itu mungkin akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan itu, premis berkenaan telah diberi tempoh selama 14 hari bermula semalam (10 Februari 2020) sehingga 24 Februari ini.

Dalam tempoh itu, pihak pengurusan restoran itu diarah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Sebelum ini, kami pernah menerbitkan artikel tentang beberapa restoran yang keadaannya begitu kotor sekali sehingga mengundang kemarahan warganet. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel-artikel tersebut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca