Selepas kepergian dua bintang K-pop terkemuka iaitu Sulli dan Goo Hara, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan kematian anggota Surprise U, Cha In Ha.

Menurut laporan AllKpop, aktor kacak drama Love With Flaws yang sedang ditayangkan di kaca televisyen seluruh Korea Selatan itu telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada hari Selasa.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai lokasi atau masa kematian pelakon itu masih belum diketahui. Malahan, pihak berkuasa dikatakan masih giat menjalan siasatan bagi mengenal pasti punca utama dan penyebab kematian bintang K-pop berkenaan.

Yang menjadi misteri adalah apabila mendiang dilaporkan sempat memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagramnya.

View this post on Instagram

다들 캄기조심⛄️

A post shared by 차인하 (@chainha_715) on

Melalui posting terbabit jelas memaparkan sebuah kapsyen yang dikatakan sebagai mesej terakhir mendiang kepada seluruh pengikutnya.

Berdasarkan posting tersebut, mendiang dilihat seperti ingin berpesan kepada semua pembaca dan para pengikutnya.

“Hati-hati, jangan sampai dijangkiti selsema,” tulisnya dalam bahasa Korea.

Kebanyakan peminat aktor tampan itu berasa amat kaget dan menzahirkan rasa sedih serta kecewa atas kepergian beliau.

Malahan, ada yang masih berharap agar kematian aktor itu merupakan suatu berita yang palsu. Sementara itu, agensi Fantiago Entertainment sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan kepada seluruh masyarakat.

Jelas pihak tersebut, “kami sedia maklum akan khabar tersebut dan kami sedang menyiasat untuk mengesahkan kebenarannya.”

Benar atau tidak? Kita lihat dan tunggu berita seterusnya. Namun, sekiaranya khabar tersebut adalah sahih, semoga para peminat cekal menerima kenyataan ini.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda