Resepi Dengan 3 Bahan Mudah Untuk Juadah Bujang Atau Berkeluarga Ketika Aidilfitri Semasa PKP

Dengan adanya PKP, sambutan hari raya tahun ini mencabar buat semua orang dalam pelbagai segi. Ada yang menyambut perayaan di rumah bersama keluarga tersayang, dan ada juga yang bersendiri di perantauan.

Walau bagaimanapun, jangan jadikan ianya halangan untuk kita meraikan saat kegembiraan kita di Aidilfitri. Ini adalah senarai resepi yang boleh dicuba di rumah secara mudah kerana hanya memerlukan tiga bahan. Jom cuba sama-sama!

1. Brownies

sumber: Tukang Review
  • Bahan-bahan: Coklat Beryl’s, tepung, telur (1 biji)
  • Mula-mula, cairkan coklat masakan Beryl’s. Sediakan adunan tepung bersama sebiji telur dan gaul rata bersama coklat yang telah dicairkan.
  • Lapiskan loyang dengan kertas minyak dan bakar pada suhu 170° selama 20 minit atau sehingga masak.

2. Cendawan enoki goreng tepung

Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari - Eyqa Hasnan's Blog
sumber: Eyqa Hasnan
  • Bahan-bahan: 1/2 cawan tepung bestari, 3 paket cendawan enoki, 2 biji telur
  • Sediakan bahan-bahan. Basuh cendawan hingga betul-betul bersih dan lerai-leraikan.
  • Masukkan telur dan gaul hingga sebati.
  • Tambahkan tepung bestari dan gaul semula sehingga salut semuanya.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng hingga garing. Pastikan masak sempurna.
  • Sedia untuk dihidang.

3. Murtabak maggi sardin

Foto utama resipi Murtabak Maggi Sardin
sumber: Mizzanem
  • Bahan-bahan: 1 bungkus mi segera Maggi (asam laksa), 2 biji telur, 1 tin kecil sardin cili
  • Rebuskan mi segera. Sementara itu, hancurkan sardin dan masukkan perencah asam laksa ke dalam sardin.
  • Angkat mi segera yang telah direbus dan toskan airnya. Masukkan ke dalam bekas yang dicampurkan sardin tadi. Gaul rata dengan telur yang sudah dipukul.
  • Panaskan sedikit minyak. Masukkan mi segera yang telah digaul tadi.
  • Tambahkan lebihan telur yang dipukul tadi di atas murtabak. Terbalikkan murtabak dengan hati-hati supaya tak hancur.
  • Apabila kedua-dua bahagian masak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan dengan sos kegemaran.

4. Sup kentang

sumber: sparkrecipes
  • Bahan-bahan: 3 biji ubi kentang (dicuci dan dipotong lapan), 2 biji bawang besar (dicincang kasar), 4 cawan stok sayuran
  • Panaskan periuk dengan api sederhana besar dan masukkan stok sayuran. Tutup periuk dan tunggu selama 5 minit untuk stok mendidih.
  • Masukkan ubi dan bawang besar. Kecilkan api dan kacau sesekali. Biar sup masak selama 20 minit.
  • Padamkan api dan ketepikan sup agar sup menyejuk sedikit.
  • Sebelum menghidang, kisar sedikit sup untuk dapatkan konsistensi lebih halus.

5. Bergedil kentang

sumber: Youtube
  • Bahan-bahan: 3 biji ubi kentang (dibuang kulit dan direbus hingga empuk), 2 biji cili merah (dihiris halus), 1 biji telur
  • Lenyekkan ubi kentang yang direbus hingga halus.
  • Masukkan hirisan cili dan garam secukup rasa lalu kacau rata.
  • Bentukkan adunan dan celup ke dalam telur yang dipecah dan dipukul.
  • Goreng dalam kuali berisi minyak yang dipanaskan atas api sederhana besar.

Juadah yang dimasak pasti lebih sedap jika dikongsikan beramai-ramai. Buat anda yang bujang dan beraya sendiri, boleh juga membuat panggilan video bersama keluarga di kampung halaman.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.

Artikel berkaitan untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca