Rempuh Sekumpulan Pelajar Sekolah, Seorang Guru Terkorban

Seorang lelaki memandu kenderaan jenis Renault Clio telah merempuh sekumpulan pelajar sekolah sehingga mencederakan 14 pelajar dan mengakibatkan seorang guru terkorban.

Sumber: Harian Metro

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10:30 pagi berhampiran Breitscheidplatz, Berlin iaitu kawasan yang ramai dengan pengunjung datang untuk membeli-belah.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Berlin, Iris Spranger menyatakan bahawa bukti menunjukkan pemandu tersebut mempunyai masalah kesihatan mental yang amuk dalam dirinya.

Sumber: itv

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kereta Renault Clio itu membelok ke arah orang ramai di atas kaki lima berhampiran laluan membeli-belah Kurfürstendamm, sebelum memandu semula ke jalan raya dan merempuh tingkap kedai.

Pelakon drama bersiri Doctor Who, John Barrowman kebetulan berada di tempat kejadian menceritakan perkara yang berlaku dalam video menerusi hantaran Twitter.

Sumber: itv

Pihak polis mengenal pasti individu berkenaan merupakan seorang lelaki Jerman-Armenia dan ditahan untuk soal siasat.

Memetik laporan dari BBC, rempuhan tersebut telah mencederakan ramai orang termasuk 14 orang pelajar yang berusia dalam lingkungan 16 dan 17 tahun.

Insiden ini juga telah mengorbankan seorang guru wanita yang dalam perjalanan bersama pelajar sekolahnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca