Rempuh 10 Kenderaan, Bas Ekspres Hilang Kawalan

bas ekspres

Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kenderaan lain dalam insiden petang semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan dekat Perai kira-kira jam 2.40 petang.

Bas ekspres berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Ipoh, Perak.

Terdahulu, insiden tersebut tular di platform media sosial antaranya Facebook apabila pengguna jalan raya berkongsi video memaparkan detik kejadian.

Bas ekspres yang dipandu di lorong kanan tiba-tiba bergerak dalam keadaan terhuyung-hayang.

Tidak lama kemudian, pemandu bas tersebut didapati melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan seterusnya dilihat merempuh beberapa kenderaan lain.

Rata-rata warganet kebanyakannya berasa cemas apabila melihat rakaman video tersebut.

Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua sebelum trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata mangsa yang mengalami cedera ringan dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca