Remaja Perempuan Ini Maut Ketika Leka Main TikTok

Aplikasi TikTok kini menjadi pilihan orang ramai terutama sekali dalam kalangan remaja untuk memuat naik video mereka yang akan ditonton oleh orang ramai.

Malang tidak berbau, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika asyik merakam video TikTok di bumbung rumahnya di Bekasi, Indonesia.

Remaja berkenaan dilaporkan berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat itu bersama tiga rakannya.

Menurut laporan media tempatan, ketika leka merakamkan video, telefon bimbitnya dipercayai tiba-tiba terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.

Secara spontan, mangsa cuba untuk mencapai telefon bimbitnya itu. Namun, beliau terpegang kabel elektrik yang berada berhampiran bumbung bangunan berkenaan.

Susulan itu, renjatan elektrik itu menyebabkan sebahagian tubuh remaja itu terbakar dan berasap.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya, mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bekasi untuk bedah siasat.

“Sebahagian tubuh mangsa hangus terbakar terkena renjatan elektrik.

Ya betul. Ketika kejadian mangsa berada di tingkat tiga rumahnya. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika berusaha mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh antara kabel elektrik.

Belum jelas ya. Berdasarkan keterangan saksi, setakat ini (penyebabnya) mangsa sedang bermain salah satu aplikasi di telefonnya,” jelas Akta.

Menurut laporan saksi lain yang merupakan warga setempat, Isan Ferdian, beliau menceritakan kejadian itu berlaku pada jam 4 petang waktu tempatan.

“Belum jelas sama ada dia tergelincir atau mahu mengambil telefon bimbitnya. Mangsa dipercayai terpegang kabel elektrik dan meninggal dunia,” katanya.

Untuk membaca artikel lain yang hampir sama seperti ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca