Remaja Perempuan Diculik Untuk Dikahwini, Ini Kisah Di Sebalik Tradisi ‘Ala Kachuu’

Inilah nasib sesetengah wanita di Kyrgyzstan apabila mereka terpaksa berdepan dengan tradisi yang menyedihkan iaitu ‘Ala Kachuu’ yang bermaksud culik dan lari.

Tradisi ini telah menyebabkan wanita dipaksa untuk berkahwin selepas diculik oleh lelaki tidak dikenali yang mahu menjadi suami mereka.

Mangsa tradisi ‘Ala Kachuu’ ini terdiri daripada wanita muda atau remaja perempuan yang berumur di bawah 18 tahun. Bukan itu sahaja, bakal pengantin lelaki tersebut akan mengumpulkan rakan-rakan mereka untuk mencari mangsa wanita yang ingin dikahwininya.

“Ibu saya diculik dan dijadikan pengantin. Kakak saya juga diculik. Hampir semua saudara-mara perempuan saya diculik dijadikan isteri,” kata seorang remaja perempuan.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkahwinan. Ia sangat sukar kerana saya tidak mencintainya. Saya tiada pilihan dan saya tidak pernah berkongsi kasih sayang saya,” jelasnya.

Kemudian, wanita tersebut akan diheret tanpa belas kasihan dan dibawa terus ke rumah lelaki. Malah, ahli keluarga lelaki juga telah membuat persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka dengan segera.

Beberapa pasangan yang lain menganggap amalan ini sebagai satu cara untuk mengelak daripada membayar hantaran kahwin atau berkahwin dengan pilihan mereka sendiri.

Mengikut undang-undang di negara itu, menculik seseorang untuk berkahwin secara paksaan boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Namun, masyarakat hanya mampu berdiam diri terhadap penculikan berkenaan kerana mereka menganggap ia sebagai ‘isu peribadi’.

Sehingga kini, tradisi itu masih diteruskan lagi dan berkemungkinan undang-undang tersebut telah diabaikan kerana tiada laporan berkaitan kes berkenaan dibuat oleh mana-mana keluarga yang terbabit.

Menurut Jawatankuasa Membanteras Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw), penculikan pengantin tersebut telah membuatkan mereka berasa bimbang terhadap amalan itu yang dilakukan di dalam masyarakat tersebut.

“Kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani isu ini, namun masih banyak perkara perlu dilakukan termasuk penguatkuasaan undang-undang sebenar, pendidikan awam dan memperkasakan wanita di Bishkek.”

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca