Remaja Maut Setelah Lif Tiba-Tiba Melonjak Ke Tingkat Paling Atas

lif melonjak ke tingkat atas

Seorang remaja perempuan maut setelah terperangkap di dalam lif di sebuah pangsapuri di China pada 23 Mei lalu.

Mangsa merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan awam minggu depan.

Menurut laporan, mangsa terperangkap apabila lif berhenti di antara tingkat bawah tanah dan tingkat satu pada pukul 7:39 malam.

Mangsa kemudian memaklumkan kepada keluarga dan pekerja penyelenggaraan bergegas ke tempat kejadian di kawasan perumahan Jinhai Bay, daerah Chikan.

Namun, ketika pekerja itu mula membuka pintu lif secara manual, lif tersebut tiba-tiba meluncur ke atas dengan laju dan menghentam bahagian atas penghadang lif di tingkat 30.

Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia setelah dihantar ke hospital. Laporan mengatakan, penyelamat mengambil masa selama satu jam untuk keluarkan mangsa.

Kerajaan daerah berkenaan menyatakan sebuah pasukan khas telah dibentuk bagi menyiasat kejadian tersebut yang dipercayai berlaku akibat kerosakan sistem brek lif.

Shenyang Brilliant Elevator Co. Ltd. (BLT), pembekal bagi pembangunan Jinhai Bay berkata pekerja penyelenggaraan yang cuba membuka pintu lif itu bukan punca brek lif tersebut rosak.

Lif yang dibekalkan oleh BLT telah digunakan sejak 2014 dan dianggap masih baru. 

Penduduk setempat melaporkan kerosakan termasuk penghentian lif kerap berlaku namun kejadian serius yang mengakibatkan kecederaan tidak pernah dilaporkan. 

Wang Libin, seorang jurutera dari Institut Pemeriksaan dan Penyelidikan Peralatan Khas Hangzhou memberitahu bahawa kejadian seperti ini jarang berlaku.

“Kejadian di mana lif melonjak ke tingkat atas agak biasa, tetapi jarang sekali mengakibatkan kecederaan atau kematian.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca