Seorang gadis berusia 13 tahun dibawa oleh ibu bapanya dari Chengdu, Sichuan Tiongkok Barat Daya, China ke sebuah pulau terbiar, sejauh 2,400km bagi mengatasi masalah psikologi.
Remaja tersebut dibawa ke pulau berkenaan untuk menjalani ‘latihan mental dalam keadaan yang melampau’ kerana kuat ‘memberontak’.
Setelah dua hari mengalami pelbagai halangan di pulau berkenaan, gadis itu meminta bantuan seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut.
Nelayan berkenaan menghubungi pihak polis dan remaja tersebut memberitahu mereka bahawa dia tidak boleh tahan lagi dan mahu pulang.
“Ibu bapa saya paksa saya bertahan di pulau terbiar. Saya hanya ada biskut dan air. Saya tidak boleh menghidupkan api. Tolong bawa saya ke darat.”

Pihak polis kemudian mengarahkan ibu bapa remaja berkenaan untuk membawanya pulang ke rumah.
Ibu bapanya menjelaskan kepada media bahawa anak gadis mereka mempunyai ‘masalah psikologi’ dan berhenti sekolah pada September 2020.
Selain itu, remaja tersebut hanya terperap dalam bilik sepanjang hari. Mereka mengambil keputusan untuk mengajarnya erti kesusahan dan kesukaran dalam hidup.
Seorang penyelamat yang datang bersama keluarga tersebut berkata kepada media pada Sabtu 10 Julai lalu bahawa gadis tersebut ditinggalkan di pulau terbiar sebagai sebahagian daripada ‘survival game’.
Malah, survival game tersebut sebenarnya merupakan cadangan daripada ahli psikologi kepada remaja itu sendiri, lapor Hongxing News.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: