Gara-gara majoriti mengundi untuk melihat remaja berusia 16 tahun ini mati, maka dia bertindak menjadikan ‘impian’ warganet itu satu kenyataan. Sebaik sahaja menerima 69 peratus undian yang dia patut mati, remaja berkenaan bertindak menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkat 3 bangunan di sebuah rumah kedai yang terletak di Bandar Baru Batu Kawah, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan, undian tersebut dibuat oleh mangsa menerusi akaun Instagramnya.

“Sebanyak 69 peratus rakan Instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang semalam,” katanya.

Mangsa dipercayai mencoret catatan, “Really Important, Help Me Choose D/L” pada kotak undi.

Dalam undian tersebut, D bererti ‘Die’ (mati) manakala L pula membawa maksud ‘Live’ (hidup).

Terdahulu, mangsa juga ada memuat naik satu status, “WANNA QUIT F**KING LIFE I’M TIRED”. Status berkenaan jelas menunjukkan bahawa dia sudah penat dan tidak mahu hidup lagi.

Pihak berkuasa turut membuat semakan terhadap telefon bimbitnya dan menemui status WeChat yang ditulis dalam bahasa Cina. Status berkenaan adalah ucapan sayang mangsa kepada rakan-rakannya.

Menurut Aidil, mangsa dipercayai mengalami tekanan yang teruk selepas bapa tirinya berkahwin lain iaitu dengan wanita Vietnam di Singapura. Setelah itu, lelaki berkenaan sudah jarang pulang ke rumah mereka.

Remaja berkenaan ditemui sekitar jam 8 malam oleh seorang lelaki. Dia kemudiannya terus melaporkan kejadian tersebut kepada Balai Polis Batu Kawa.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda