Empat remaja berusia sekitar 15 hingga 20 tahun ditangkap polis kerana dikatakan telah mengelar seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Kejadian ini berlaku pada 29 April, jam 6:39 petang di sebuah tempat letak kereta bertingkat di Toa Payoh, Singapura.
Sebuah saluran media, Shin Min Daily News telah menerima kongsian daripada salah seorang pembacanya yang mengatakan bahawa terdapat beberapa buah kereta polis dan para pegawai polis di tempat kejadian yang telah dihalang dengan pita kuning.

Setibanya di tempat kejadian, Shin Min menemukan kesan percikan darah yang besar sekitar lobi lif di tempat letak kereta bertingkat itu.
Laporan juga mengatakan bahawa kesan darah tersebut berukuran sepanjang 500 meter bermula dari tingkat pertama sehingga ke tingkat keenam tempat letak kereta tersebut.


Mangsa dan keempat-empat remaja tersebut dikatakan telah menghadapi perbalahan yang menyebabkan konflik sehingga salah satu daripada mereka menyerang mangsa menggunakan pisau.
Kata salah seorang penduduk di situ, dia terdengar suara samar orang sedang bergaduh tetapi dia tidak mengendahkan hal tersebut kerana dia sedang tidur dan menyangkakan itu hanyalah anak-anak yang sedang bermain sahaja.
Penduduk yang lain, Zheng, juga melaporkan bahawa dia terdengar akan khabar angin tentang pergaduhan tersebut yang mengatakan mangsa dikejar oleh empat remaja tersebut sehingga ke bahagian bumbung tempat letak kereta tersebut dan mengugut untuk menolak mangsa dari bumbung.
Remaja berusia 15 tahun tersebut dikatakan dalam keadaan sedar ketika dalam perjalanan menuju hospital.
Manakala empat remaja lelaki berusia sekitar 15 hingga 20 tahun itu telah ditahan polis kerana telah menimbulkan kekacauan serta mencederakan mangsa menggunakan senjata yang berbahaya.
Kes itu masih berada dalam siasatan polis.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: