Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan setelah mengaku bersalah kerana menyamar sebagai doktor pakar di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya, Kuching.
Shah Hairil Izman Dave didapati membuat kesalahan tersebut diantara 15 Jun dan 1 Julai sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali.
Tertuduh menyelinap masuk menyamar sebagai doktor pakar dan membawa pas kerja palsu atas nama Dr. Shah Hairil Izman.
Disamping itu, doktor palsu berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Beliau ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang.
Difahamkan, beliau ditahan setelah seorang pegawai perubatan HUS membuat laporan kepada pihak pengurusan dan juga pihak polis.
Memetik dari laporan Astro Awani, pelapor sebenarnya mengenali tertuduh dan mengakui sebagai rakan kelasnya ketika di tingkatan dua pada 2016.
Jika disabit kesalahan, Syah Hairil boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Namun, Majistret Zubaidah Sharkawi dalam penghakimannya memutuskan agar tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos sebelum menjatuhkan hukuman.
Terdahulu, kami juga ada menulis artikel di mana seorang lelaki menyamar jadi hantu untuk ‘mengusik’ remaja yang tidak patuh PKP.
Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah: