Remaja 16 Tahun Ini Diperkosa 30 Lelaki Sewaktu Mahu Guna Tandas Hotel

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 16 tahun telah menjadi mangsa nafsu buas 30 orang lelaki apabila dia diperkosa beramai-ramai di bilik sebuah hotel. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Israel.

Menurut laporan media, mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk dikatakan mahu menggunakan bilik air sebelum mimpi ngeri itu berlaku.

Remaja malang itu kemudiannya dibawa ke sebuah bilik hotel iaitu Hotel Red Sea yang bertempat di pusat peranginan di Eilat. Tanpa sebarang belas kasihan, sekumpulan lelaki yang tidak layak digelar manusia itu bertindak memperkosa mangsa secara bergilir-gilir.

Sumber: Coconuts

Tidak cukup dengan itu, beberapa orang lelaki dalam kumpulan terbabit turut merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Difahamkan, mangsa bukan penghuni hotel berkenaan tetapi dia cuma datang untuk berilubur bersama rakan-rakannya di pantai yang terletak berhampiran hotel itu.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu.

Tinjauan kami di laman sosial Twitter mendapati Netanyahu telah memuat naik satu ciapan mengecam insiden berkenaan. Dalam ciapan yang sama, Netanyahu menyifatkan kesemua pelaku bukan sahaja melakukan jenayah terhadap remaja itu tetapi turut melakukan jenayah terhadap nilai kemanusiaan.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca