Rela Mati Daripada Sebut “Tiada Tuhan Selain Bashar”

Hanya kerana enggan menyebut La ilaha illa Bashar (Tiada Tuhan selain Bashar), suami kepada seorang pelarian Syria ditembak mati tanpa sebarang belas kasihan pada tahun 2014.

Lebih menyedihkan, ketika insiden meragut nyawa suaminya itu, pelarian Syria yang dikenali sebagai Aminah Abbun baru 20 hari melahirkan anak bongsu mereka.

Menurut Aminah yang berusia 34 tahun, dia akui yang dirinya masih lagi trauma apabila mengenang semula episod tragis itu.

Dalam kejadian yang disebut sebagai pembunuhan Kharbah itu, seramai 10 orang termasuk suaminya dibunuh tentera Bashar hanya kerana mereka enggan menyebut kalimah tersebut.

Cerita Aminah, selepas pihak tentera beredar dari kawasan itu, barulah penduduk berani untuk mengambil mayat mereka yang terkorban dan mengebumikan semua mangsa.

Sejak peristiwa itu, Aminah terpaksa keluar dari kediamannya dan menjadi pelarian sehingga kini di Reyhanli.

“Saya juga terpaksa menampung kehidupan dengan bekerja sebagai tukang cuci bagi membesarkan 10 orang anak berusia lima hingga 21 tahun,” kata Aminah ketika ditemui selepas menerima bantuan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care).

“Namun kudrat ini tidak sekuat dahulu selepas terjatuh ketika bekerja sehingga mengalami sakit belakang,” ujarnya lagi.

Kata Aminah, anak-anaknya juga masih trauma sehingga ke hari ini selain sedih disebabkan kehilangan bapa dan rumah mereka.

Sementara itu, seorang lagi pelarian Syria yang dikenali sebagai Huda Kassim turut kehilangan suaminya pada tahun 2012 semasa bulan Ramadan.

Sementara itu, seorang lagi pelarian Syria, Huda Kassim, 45, yang berasal dari Idlib berkata, suaminya mati syahid pada 2012 pada bulan Ramadan.

“Pada waktu itu, suami saya ingin menutup kedai sebelum dia bersama dua lagi rakannya maut terkena bom,” cerita Huda yang berasal dari Idlib.

“Saya dan empat anak berusia sembilan hingga 18 tahun berpindah ke sini (Reyhanli) pada bulan November 2015 kerana bimbang dengan keselamatan kami sekeluarga,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Huda kini menjadi tenaga pengajar di sekolah kendalian Muslim Care untuk membantu anak pelarian Syria mendapat pendidikan.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang Misi Bantuan Syria di bawah Yayasan Afdlin. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh klik pada pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang misi tersebut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca