Rela Alat Kelamin Digigit Sehingga Putus, Ini Kisah Armin Meiwes Dan Bernd-Jürgen Brendes

Bagi orang lain, Armin Meiwes kelihatan seperti jiran yang sempurna. Dia sangat ringan tulang dan bersedia membantu pada bila-bila masa. Oleh itu, tiada siapa yang menyangka bahawa warga Jerman ini berani melakukan jenayah yang menggemparkan warga dunia.

Latar belakang

Dilahirkan di bandar Kassel, Jerman, Armin mempunyai zaman kanak-kanak yang sunyi. Bapanya seorang yang tegas dan sangat tidak menyenangi kehadiran anak lelakinya itu. Lelaki tersebut pergi meninggalkan keluarga setelah sah bercerai dengan isterinya. Armin hanya berusia lapan tahun ketika itu.

Ibu Armin pula berubah menjadi wanita yang dominan setelah bercerai. Dia sering memalukan Armin di khayalak ramai dan berkeras mahu mengikut anak tunggalnya itu ke mana-mana. Disebabkan kurang kasih sayang seorang ayah, Armin telah mencipta seorang kawan imaginasi yang diberi nama Franky. Pada ketika itulah, Armin mula bercerita mengenai keinginannya untuk merasa daging manusia.

Ketika usianya menjejak 12 tahun, Armin mula berfantasi mahu memakan daging kawan-kawannya. Alasan yang diberikan adalah supaya mereka akan menjadi sebahagian dirinya dan akan bersama selama-lamanya.

Setelah kematian ibunya pada tahun 1999, Armin tinggal berseorangan di rumah agam keluarganya di Amstetten. Lelaki itu kemudian mula menunjukkan minat pada video pornografi, terutama sekali yang memaparkan penyeksaan. Di sinilah di mana Armin menjumpai laman sosial yang membincangkan kanibalisme.

Permintaan pelik

Pada tahun 2000, Armin telah memuat naik satu pesanan di laman sosial kanibal itu. Lelaki itu telah menulis dia mahu mencari seorang lelaki muda, berbadan sasa berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun yang bersedia untuk dibunuh. Beberapa orang lelaki mula membalas pesanan tersebut namun ramai yang bertukar fikiran sehinggalah dia bertemu dengan Bernd-Jürgen Brandes, seorang jurutera biseksual berusia 43 tahun. Setelah berbalas e-mel, kedua mereka akhirnya bersetuju untuk berjumpa.

Pada 9 Mac 2001, Bernd-Jürgen pergi bertemu Armin di rumahnya di mana mereka telah melakukan hubungan seks. Setelah itu, Bernd-Jürgen mula menelan beberapa pil tidur, sebotol ubat batuk dan minum beberapa gelas arak sebelum Armin bertindak memotong alat sulitnya. Pada mulanya, Bernd-Jürgen mahu Armin mengigit alat sulitnya sehingga putus namun gagal kerana mendakwa bahagian itu terlalu liat. Proses tersebut dikatakan telah dirakam sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu, alat sulit Bernd-Jürgen yang sudah dipotong kemudiannya dimasak dan pasangan itu cuba menikmatinya bersama-sama namun gagal kerana organ itu terlalu hangus. Armin kemudiannya memberikan alat sulit Bernd-Jürgen kepada anjing peliharaannya untuk dimakan.

Armin telah menyediakan mandian buat Bernd-Jürgen setelah itu. Namun, disebabkan sudah kehilangan terlalu banyak darah, Bernd-Jürgen mula pengsan berkali-kali sebelum Armin membunuhnya dengan satu tikaman di leher. Pembunuhan Bernd-Jürgen itu dilakukan atas kerelaan lelaki tersebut.

Setelah Bernd-Jürgen mati, proses kanibalisme pun bermula. Armin mengangkat mayat Bernd-Jürgen dan menggantungnya pada cangkuk daging sebelum melapahnya. Tulang temulang Bernd-Jürgen pula dikisar sehingga menjadi sehalus tepung. Kesemua anggota dan daging Bernd-Jürgen disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan Armin selama 10 bulan.

Penangkapan si kanibal

Menjelang November 2002, bekalan daging Bernd-Jürgen sudah mula berkurangan mengakibatkan Armin mula memuat naik satu lagi iklan mencari mangsa di laman web. Malang buat dirinya apabila iklan tersebut telah dilihat oleh seorang pelajar warga Austria yang bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Pada 11 Disember 2002, pihak polis mula mengeledah rumah Armin dan menemui daging Bernd-Jürgen seberat 6.8 kilogram di bawah timbunan kotak piza di dalam peti sejuk beku. Turut ditemui adalah video rakaman asmara Armin dan Bernd-Jürgen beserta pembunuhan lelaki itu.

Setelah ditahan, Armin dengan pantas mengaku atas jenayahnya. Dalam satu temu bual sebelum perbicaraan, Armin berkata dia berasa stabil dan sihat apabila memakan daging Bernd-Jürgen. Malah, Armin turut mendakwa dengan memakan daging Bernd-Jürgen, dia kini fasih berbahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, lelaki itu disabitkan kesalahan membunuh pada 17 Julai 2003 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Semasa di penjara, Armin dilaporkan telah berubah menjadi seorang vegetarian dan bekerja di perpustakaan di pusat tahanan tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca