Rekod Instagram Kylie Jenner Dipunahkan Oleh Eugene – Sebiji Telur Biasa

Foto sebiji telur berwarna coklat telah merampas takhta sebagai imej yang paling banyak likes di Instagram. Foto itu telah menerima lebih 46.9 juta likes (setakat artikel ini ditulis), lantas menewaskan pemegang takhta sebelum ini iaitu foto Kylie Jenner bersama anak perempuannya yang baru lahir, Stormi Webster.

Foto Kylie Jenner yang dimuat naik pada 6 Februari 2018 itu telah menetapkan rekod untuk imej Instagram yang paling disukai sebelum ini dengan lebih 18.6 juta likes.

View this post on Instagram

stormi webster 👼🏽

A post shared by Kylie 🤍 (@kyliejenner) on

Tiada apa yang kekal dalam dunia ini. Begitu juga dengan rekod dunia Kylie Jenner. Foto sebiji telur yang telah dimuat naik oleh akaun ‘@world_record_egg’ pada 4 Januari 2019 dengan ayat, “Let’s set a world record together…” benar-benar telah berjaya mencatatkan rekod dunia baru dengan lebih 29.9 juta likes dalam tempoh hanya 10 hari.

Identiti individu (atau kumpulan) di sebalik rekod baru itu masih kekal misteri, walaupun beberapa sumber mengatakan dia (atau mereka) tinggal di pinggir bandar London. Individu tersebut menamakan telurnya sebagai Eugene.

Apa yang menariknya lagi, foto telur itu mendapat purata satu juta likes setiap jam pada tempoh awal ia di Instagram. Hebat betul telur ini, kan? Korang yang main Instagram dah lebih 5 tahun pun setiap kali post gambar, nak dapat 10 likes bukan main susah, tapi telur ni dengan bersahaja, sekali post dah pecah rekod dunia.

Jadi, mungkin dah boleh slow slow bersara dari dunia Instagram kut? Ooops!

Rujukan: The Borneo Post

Artikel Lain Untuk Di Baca