Rekahan Baharu Dikesan Di Lokasi Tanah Mendap Yang Berlaku di Seri Kembangan

Polis mengesan rekahan baharu di kawasan jalan berhampiran kawasan tanah mendap di Lestari Perdana Seri Kembangan akibat hujan yang lebat pada hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBPJ) untuk kerja membaik pulih jalan berkenaan.

“Saya juga dimaklumkan sebanyak 50 cerucuk kepingan besi sedang dipasang sepanjang 150 meter di lokasi kejadian tanah mendap.”

“Proses masih giat dilaksanakan dan mengambil masa kira-kira tujuh hari bagi memastikan tiada pergerakan tanah serta rekahan di kawasan lain.”

Ketua Polis tersebut berkata, pihaknya telah menasihatkan 17 pemilik premis komersial di kawasan itu untuk terus mengosongkan kedai masing-masing hingga keadaan kembali selamat.”

“Jabatan Kejuteraan MBPJ sedang membuat penilaian perkara itu dari semasa ke semasa,”

“Mengenai kenderaan rosak akibat tanah mendap, Anbalagan berkata, pemilik kenderaan terbabit boleh membuat laporan polis untuk tuntutan dan pampasan insurans.”

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak terbabit. Kita dimaklumkan kereta itu milik pelanggan bengkel di kawasan kejadian.”

“Kalau kereta itu mempunyai insurans, mereka boleh membuat laporan polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Pada hari Selasa yang lalu, terdapat lima kenderaan yang diparkir di kawasan itu rosak akibat tanah mendap.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca