Rekaan Kasut Nike X Avengers Buat Peminat Marvel ‘Gila’

Pasti ramai pembaca di sini yang merupakan peminat Marvel. Filem terbaharu, Avengers: Endgame menjadi fenomena di seluruh pelosok dunia apabila ia mencecah kutipan sehingga $169 juta (RM780) pada hari pertama tayangan di 25 negara termasuklah China, Australia dan beberapa negara di Eropah. Bukan biasa-biasa! Kalau filem lain, 10 hari tayang pun belum tentu dapat kutipan sebanyak itu.

Malah, tiket filem Avengers: Endgame ini terjual sebanyak RM10 juta sebelum ia ditayangkan di Malaysia. Memang hebat penangan Avengers kali ini!

Bagi peminat Marvel, sudah pasti mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mendapakan merchandise filem ini. Kalau boleh, nak jadikan koleksi dek kerana fenomenanya.

Baru-baru ini, satu Page di laman Facebook iaitu EIIE OnlineStore telah berkongsi koleksi kasut Nike X Avengers bagi setiap adiwira. Perkongsian tersebut mendapat hampir 200 ribu Shares dan rata-rata pengguna teruja dengan rekaan itu.

Namun begitu, ia cuma rekaan semata-mata dan bukannya untuk dijual. Apa-apa pun, kesemua rekaan memang ‘style’ habis. Sekiranya ia dijual di pasaran, confirm tak sampai berapa minit dah sold out! Di sini kami kongsikan rekaan-rekaan tersebut:

1. Captain America

2. Thor

3. Iron Man

4. Hulk

5. Black Panther

6. Gamora

7. Black Widow

8. Nebula

9. Thanos

Jadi, yang mana satu anda berkenan? Agaknya berapa harga sekiranya ia dijual di pasaran? Mesti ramai yang makan pasir sebulan kalau ia betul-betul dijual!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca