Rekaan Beg Seakan Buah Durian Sebenar Ini Berjaya Tarik Perhatian Warganet

Siapa sangka, buah durian yang juga digelar raja segala buah ini mampu dijadikan inspirasi untuk menghasilkan beg tangan.

Baru-baru ini, sebuah kedai di Thailand yang diberi nama ‘Famrak’ telah berjaya menarik perhatian ramai dengan koleksi beg tangan yang menyerupai buah tersebut. Apa yang membuatkan rata-rata daripada warganet teruja melihatnya adalah kerana rekaannya yang hampir sama dengan sebiji durian apabila dilihat secara sekali pandang.

Rekaan beg tangan ini didatangkan dalam tiga saiz berbeza yang mana anda boleh pilih sendiri mengikut kesukaan. Untuk beg pertama dan kedua, ianya berharga THB390 (RM54) manakala beg yang ketiga berharga THB990 (RM137).

Bayaran penghantaran beg ini pula bermula daripada THB354 (RM49) dan seterusnya bergantung pada berat pos. Melihatkan pada sambutan yang diterima di Thailand, penghantaran beg ini akan turut dilakukan di Malaysia. Ini sudah pastinya merupakan berita baik buat mereka yang meminati rekaan yang unik seperti ini.

Sebelum ini, pereka fesyen dari Malaysia telah berjaya menarik perhatian ramai apabila tampil dengan koleksi beg tangan menggunakan plastik pembungkus makanan iaitu dengan menggunakan plastik pembungkus roti Gardenia dan biskut cap Hup Seng yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan rekaan kreatif, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca